Monday, May 16, 2011

SK Berapit ~ vol 3 ..

Susahkan kalo ada org suka sindir2 dgn manis mulutnya kan.. mcm nk pang jek.. tp xpa lah, lumrah hidup la tu.. smua mnusia ada prangai yg tersendiri.. tp kalo ye pun, jaga sama haty kawan.. ni smpai dah wat org terasa haty, apa kes.. kan2…. Tp kalo difikir dari logik positifnya, bagus jgk.. baru ada kemanisan dalam persahabatan.. cittt!! Hahaha…

Lama jgk x updated blog ni.. nk updated, tp xda apa yg nk story.. sdangkan story mory tu banyak sgt2.. tp tuttt…kena privatekan kebanyakannya.. ehee… Exam dah nk dkat… cuty pn dah nk dkat… prktikum fasa 2 pun dah nk dkat jgk.. aiyoooo…. Cepat sgt masa berlalu.. xsedar!! Nnty 1st paper, kertas EDU (19 May) .. then berturut2 exam!! 23,24,25,26 …rasa berat jgk ni… PK terapi, PK sains, PJ n last BM.. kot… ehee…… dok tunggu soklan spot jek ni.. study malas.. adoi, bilanya nk rajin ni.. ehee…rleks… slow2 la study….

Jeng..jeng..jeng…………..da dapat dah sijil daki gunung tahan… sukaaaaaaaaaaa… ehee.. (lupa nk transfer plak pic dlm hset) last year ni, merangkap last sem dpan, aq n bberapa kwnku plan nk daki gnung ledang.. sj suka2… dulu masa SBE dh g, tp xnaik ats pn.. lepak2 jek kt tmpat mndi.. tekad plak sem dpan nk g.. minta2 jd sbbnya takot la jgk kalo2 elaun ni lari…maklum la hjung2 sem .. haha…. Bdget!!

Erm, meh la aq ceritakan time2 sweet kat SK Berapit … 1 time nk kena observe, gabra sgt2.. lect pn xknal.. En.Rosli Abd.Wahab dr jabatan kaunseling jd pensyarah pembimbing ktorg.. dia mmg spoting.. baik… aq ngajar BM tahun Mutiara 3.. kiranya budak2 ni cerdik2 belaka lah.. ok lah jgk kan.. aq guna ruang bilik rekreasi sbbnya aq nk guna LCD.. bergetar2 sgt aty ni taw!! Dgn dkt meja2 cikgu.. apa pun trima kasih byk2 buat rakan2 yg banyak sgt bantu aq sbelum smasa mahupun selepas aq di observe! Mmg terharu jgk lah.. ehee…. Kali keduanya aq di observe Math tahun 3 jgk.. ikutkn tahun 2.. takot jgk aty aq ni… sbb mlihat kpada keadaan Massitah, Ammar…. Boley x ngajar kot time aq kena observe tu.. mujur la lect benarkan aq n zaza guna tahun Mutiara 3 jgk.. (tarik nafas lega) …

Malam tu nk dijadikan cerita, lewat jgk la tidur.. dgn printer wat hal… g CS n mujur xkena apa2 byaran..dh la time tu masing2 tgh kering.. aq g dgn zaza, farah… ain xnk g, dia nk berehat kt umah.. sejam jgk lah tunggu nk siap, then cina tu pn call, ckp printer dah siap.. (kali kedua beli printer dalam mnggu yg sama!!) haha… lpas tu trus balik… ntah la, aq jd blur plak nk wat apa.. n aq wat ala kadar  jek la utk observe esok… mlm tu dlm kol 5 aq tido.. adoi.. dalam aty ni, susah jgk jd cekgu ni.. sapa kata xsusah?? Habaq mai sat… mcm2 kena wat.. RPH, BBM… kalo dh jd cekgu nnty lg lah, nk kena pk ujian, RPI, prestasi murid n mcm2 lah.. byk tu… insyllah, pasti boley… n xpernah terdetik pn rasa nyesal dlm haty aq mmilih kerjaya ni… sekali dh melangkah, pasti teruskn jgk langkah tu…. esokkannya.................... (to be continue ..)

Ni lah antara BBM yg aq wat ketika di berapit slama sbulan praktikum kt sana.

Kad Imbasan Math Doremon!!. Nombor 1-20 (^_^)
 x susah pn nk wat.. susah jgk la.. ehee... rajin dgn xrajin jek.. ni mmg kitorg dh prepare masa kursus PK dlm Math..n thankz Puan Sharina byk bimbing kitorg.. jd xkalut sgt dh buat.. cari jek gambar2 dalam internet, then print out la.. pastu kena la gunting... print atas sticker A4 la kalo mlas.. nnty boley trus lekap.. kalo guna gam ni nnty comot.. xkmas.. dah siap smua, lekat ats board keras yg bersesuaian.. kemaskn la sikit kn.. letak la border tiap kad tu.. baru menarik.... 

Kad Imbas Suku kata KV KV dan suku kata KV KVK
 x susah pn, cari gambar dalam tenet, pastu print out ats kertas keras sikit.. dlm 120gsm.. kalo nk save ink colour tu, print itam putih n warna.. kn senang... guna bancho.. best jgk taw!! aktiviti senggan katakan.. ehee...  nk jd ckgu kena la rajin sikit.. jgn mlas2 dok print jek ats ketas A4 biasa.. budak2 tgk pn jemu.. ops!! ehee... n kalo rajin lg...n nk bertahan lama la kan...amik la plastik cover buku tu, then potong la lekat dgn slotip.. untung2 nnty boley guna lg.. x rugi....

Kad Imbas peralatan menjahit- Kemahiran Hidup
 ni pn sama jek mcm kt atas..cuma ada kad perkataan jek untuk knalkan peralatan.

Buku loncat (Pop up) - rangkai kata KV KVK
 erm...xsusah pn nk wat.. ada byk cara nk wat buku loncat ni... ni aq wat cara berdiri tegak... 

Buku loncat (Pop up) - rangkai kata KV KVK
ehee.... mujur la aq ni xbrapa kreatif...keja last minit...cmnilah ..

Buku bijak Math - operasi tambah n tolak
oley sbb aq da beli kad manila byk, n aq pn terdapat idea.. kad manila di lipat dua.. buat cm buku.. then kalo byk, slotip lah, mcm kita wat assgnment tu.. xperlu buang duit byk2... jz buang tenaga jek.. ehee..


Ni plak latihan2 mahupun pengukuhan yg aq wat masa PnP

kad latihan suku sakata KV KVK
erm..ni pun mudah jek.... xsusah sgt pn... cuma byk keja la sikit..kad biru tu boley guna mana2 kad jek..n aq syorkan guna la kad keras yg kalis air.. nnty boley guna smula.. susunkan @ wat teka silang kata KV KV.. then sediakan la petak kosong utk budak2 tulis jwapan.. balut dgn plastik keras tu.. nnty budak2 boley tulis guna whiteboard .. permanent marker pn boley.. nnty dah abes ltihan. boley padam.. xperlu padam teruk2, amik pemadam, n padam jek.. ni pn pngalaman baru aq blajar dr budak2 ni.. aq sendiri pn x terpikir nk padam dgn pemadam.. ehee....


puzzle (pengurusan diri)
utk kanak2 khas ni, make sure letak la number kt blakang pzzle tu.. ni kira tahap budak2 paling rendah la.. n make sure tunjuk gambar sebenar agr diorg boley tiru.. kalo x letak, alamatnya cacamerba la jadinya.. ehee..


latihan teka silang kata
ni pun  sama jgk la.. kebanyakan aq guna konsep yang sama jek.. letak plastik, sbb nnty boley guna smula..  

turutan nombor 1-10
 ni pun sama lah.. n utk nsihat aq, elakkan dr guna sticker sbb budak2 lambat nk buka sticker tu... senang2 letak jek double tape blakang tu, n bg budak2 tulis jwapannya... snang jgk diorg nk bukak n lekat ...

latihan operasi tambah

Ni BBM yg aq bermurah haty nk bagi sbgai kenangan dkat sekolah tu… mari blajar suku kata… simpel2 jek aq wat..

kad suku kata ...
mudah jek, cuma kena rajin lah... guna kertas warna A4 jek.. n mounting board.. bawah2 tu ada huruf a/e/i/o/u.. nnty ubah2 jek letak ats plastik yg sedia tu.. plastik tu potong n ltak double tape.. tinggalkan ruang sikit kt bhagian ats untuk letak huruf nnty .. mudah jek kn?..


Ni hadiah yg kitorg (IPDA n IPSAH) bagi sbagai tanda penghargaan kepada kelas Pend Khas sekolah tu..

Praktikum 20 Mac - 14 April 2011 (IPDA & IPSAH)


Prinsip pemilihan Bahan Bantu Mengajar.
Terdapat beberapa garis panduan pemilihan bahan pengajaran, dan prinsip-prinsip pemilihan bahan pengajaran bahasa dirumuskan seperti yang berikut :

  1. Sesuai
Perkataan sesuai itu sendiri membawa maksud bertepatan, di mana konsep sesuatu mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar. Tajuk dan juga keterangan berkaitan dengan mata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh pelajar menepati seperti yang dikehendaki oleh kumpulan atau individu. Pemilihan bahan hendaklah mempunyai hubungan kesesuian dengan perkara-perkara seperti berikut :

a)    objektif dan matlamat pengajaran bahasa
b)    Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
c)    Keadaan pelajar
d)    Suasana pembelajaran
e)    Minat pelajar

Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sesuai dengan matlamat dan objektif pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menentukan objektif pengajaran terlebih dahulu sebelum memilih sesuatu bahan. Dengan objektif pengajaran yang tertentu, guru boleh memilih bahan-bahan yang sesuai dan dapat membantu kearah pencapaian objektif tersebut. Bahan yang dipilih juga hendaklah sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara dan juga bersesuaian dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan situasi  tempatan.

Guru juga sepatutnya mengambil kira keadaan pelajarnya yang datang daripada pelbagai latar belakang pengalaman sosial, pendidikan, ekonomi, taraf pencapaian dan sebagainya ketika menyediakan bahan. Bahan-bahan yang sesuai dengan segolongan pelajar, mungkin tidak sesuai dengan segolongan pelajar yang lain. Faktor lain adalah suasana pembelajaran, dimana bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik. Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah pelajar, isi pelajaran, bahan dan guru. Dalam proses pembelajaran pula, rangsangan yang mengarah pada pemikiran dan seterusnya mewujudkan tingkah laku tertentu merupakan tiga konsep yang penting.

  1. Mencabar
Terdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam proses pembelajaran iaitu rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang dipilih dapat memberikan rangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong mereka untuk terus belajar.

Satu strategi pemeringkatan bahan pembelajaran yang dapat mencabar pemikiran pelajar ialah bahan-bahan yang dipilih itu mesti terdiri daripada bahan-bahan yang mengandungi ciri-ciri berikut :
a)    bahan yang konkrit kepada bahan yang abstrak.
b)    Bahan yang mudah kepada yang kompleks.
c)    Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada bahan yang mempunyai hubungan yang bersepadu.
d)    Bahan yang khusus kepada bahan yang umum (induktif)
e)    Bahan yang umum kepada yang khusus (deduktif)
f)     Bahan yang umum kepada teori.
g)    Bahan masakini kepada masa akan datang.

  1. Menepati 
Ketepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan pengajaran yang menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan pengajaran yang dipilih mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan bahasa, proses pembelajaran dan pengajaran. Ketepatan sesuatu bahan dengan kurikulum pengajaran bahasa adalah berdasarkan ciri-ciri yang berikut:
a)    Isi kandungan sesuai dengan kemampuan dan kehendak pelajar.
b)    Susunan bahan
c)    Mengandungi maklumat atau fakta yang yang tepat.
d)    Maklumat yang kemaskini
e)    Perbendaharaan kata yang sesuai
f)     Bahan pengajaran yang diperakui.

  1. Menarik
a)    Reka letak ; peta, lukisan, carta, jadual, graf, rajah, gambar atau kartun mestilah disusun berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini akan memydahkan pelajar membuat rujukan atau memahami sesuatu konsep.
b)    Saiz huruf cetak atau saiz huruf haruslah sesuai dengan peringkat umur pelajar.
c)    Ilustrasi dan bahan grafik bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran, tetapi berfungsi sebagai manifestasi visual sesuatu maklumat yang akan dapat menambah atau mengukuhkan pembacaan pemahaman.
d)    Kualiti kulit dan cara buku dijilid
e)    Bahan pengajaran mengandungi arahan yang jelas.

  1. Jimat dan mudah
Sekiranya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut dibeli,tidak semestinya mahal.sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti guru contohnya dengan menggunakan bahan terbuang.

  1. Praktikal
Bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya praktikal sama ada kepada guru atau pelajar. Bahan pengajaran seharusnya sederhan dan mudah digunakan serta menggunakan bentuk bahasa yang yang berdasarkan situasi sebenar. Ini dapat membantu pelajar menggunakan bahasa dalam komunikasi. Selain itu, bahan tersebut seharusnya tahan lasak jika digunakan berulang-ulang kali dan sekiranya digunakan untuk lebih dari satu mata pelajaran dan juga sesuai pada masa dan mata pelajaran lain.

  1. Mudah alih
Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi, boleh dibawa kemana-mana,dan tidak terlalu berat atau besar.

Pemilihan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada bahan-bahan teks atau sumber-sumber lain semestinya dilihat daripada tiga perspektif iaitu perspektif komunikatif atau fungsional, perspektif struktural dan perspektif kemahiran. Ketiga-tiga aspek ini biasanya lebih ditumpukan ke atas murid-murid itu sendiri.