Thursday, December 13, 2012

again & again

.. Assalamualaikum sahabat ..

Urmm... baru sudah ngecheck  usyar FB jap td dkat wall group PISMP amb. Jan 2009 .. berita xberapa nak seronok la mendengar .. :(  macam ni bunyiknya (chewah..! macam ada sound plak erk.. 
Salam 1malaysia, berita agak buruk bagi kita semua mahasiswa ipgm yang menamatkan pengajian pada bulan nov 2012(ambilan jan 2009). Baru sahaja habis perbualan telefon yang agak panjang di kpm bahagian penempatan sek ren, pejabat panggilan bukan guru spp, dan ipgm induk. Untuk menyelesaikan persoalan kita, Pengambilan kita untuk penempatan hanya akan bermula selepas cuti sekolah bulan 3. Spp akan adakan temuduga bermula bulan jan sehingga mac dan penempatan kita selepas cuti sekolah bulan 3.muktamad. Dan majlis konvokesyen kita adalah pada akhir bulan mei. Selepas cuti sekolah penggal 1 bermula iaitu pada 27-30 mei 2013. Muktamad.semua persoalan kita selama ini terjawab..!!!

erm.. harap2 ni cuma kabar angin... hope sgt pnempatan scepatnya.. tp apapun aq bersyukur.. xkisah la kan, dah takdir aq n kengkawan begini nak wat cmna kan.. gov plak dok sibuk nk berplihan raya.. susah ke nak tmpatkan kitorg bulan 1 ni??..  apa masalah sbenarnya ni?.. uhhh...

then ada lagi... dlm group jgk la ada di post tntang nih..
tidak semua lepasan IPGM akan dipanggil atau diterima untuk temuduga dan penempatan selepas tamat latihan. saringan mengikut CGPA sudah mula dilaksanakan. saringan bermula dari nilai gred yang tinggi ke rendah

PENGKELASAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPG adalah seperti berikut:-
i.PISMP (Dengan Kepujian) Kelas Pertama; 3.80 - 4.00
ii.PISMP (Dengan Kepujian) Kelas Kedua Tinggi; 3.60 - 3.79  (i'm here...)
iii.PISMP (Dengan Kepujian) Kelas Kedua Rendah; 3.00 - 3.59
iv.PISMP (Dengan Kepujian) Kelas Ketiga; 2.00 - 2.59
v.PISMP (Dengan Kepujian) Tiada Kelas Langsung; 0.00 - 1.59

*status 'Dengan Kepujian' diperoleh dengan syarat LULUS MUET dengan Band 3 dan ke atas
xpa lah.. pejam celik pejam celik, tiba lah saatnya kan.. tapi ................. (apa2 ja lah) ..
masuk 2013, carik keja la jawabnya .. best jugak tu .. huhu... 

utk sorg shabat aq, (dirahsiakan namanya) kakwani ucapkan tahniah..! bakal dicop org pada 23hb Feb tahun depan.. alhamdllah, smakin cepat jodoh tu... n kakwani tumpang gembira utk berita tu.. :) umur panjang, kita pasti ketemu .. huhh... ok lah, nak out dah.. nak tgk bola.. MAS vs THA .. good luck!! (^_^)v

Selalu Milikmu

.. Assalamualaikum sahabat ..

alahai.. sperti ari2 biasa.. xda apa nak wat.. iman pun dah balik umah atok n nenek dia.. sapa iman?.. haha.. surprise..!  
Nur Fathiah Iman.. alololo tomeinya dia..

Time lpang2 g kebun, kutip buah rmbutan.. dokong n manggis pun adaaa...tp aq xbrapa berminat sgt.. hehe

Isma yg dah x debap seperti dulu..

Sweet mereka......

24 Dis 2012 - Tahniah Am n Zana..! Selamat Pengantin Baru.. Moga kekal hingga ke akhir hayat..

Zaza pun ada.. ehee.. 2minggu dia bercuti di sini.. thankz zaza.. miss u lah!

Ini buat aq rasa hangin ni.. ikutkan harga RM12.50.. napa dah abes study baru nk wat offer gini..! y... haha ..

Sambut besday Shahila... muka bertompok bedak.. haha.. spoil btoi..

 huhu... smbil mendownload lagu everything i need by randy pangalila n lagu selalu milikmu..... ha, lagu ni aq tuju khas utk "someone special" in my life... ok x?.. haha..




Wednesday, December 12, 2012

Dis 12, 2012

.. Assalamualaikum sahabat ..

fuhh.. tQ jiran depan umah ku yg baik hati membuka wifinya.. eheee.. lama jgk la boley on9.. mujur la on9.. kalo x, tntu aq xtaw result exam dah kuar.. 12/12/2012 (tp aq suka lagi tarikh 20/12/2012) mmg santek... hadiah bermakna buat mak ayh n kluarga.. syukur aq dah peroleh CGPA yg aq n xterfikir sbelum ni.. TQ Allah ..  (",)

now cuma tunggu result posting jek... harap2 dpat taw as soon as possible.. bukan gelojoh... tp itu my future k..! haha ..

Saturday, December 8, 2012

Dah bulan 12 ..

.. Assalamualaikum sahabat ..

Lama x meninjau belog ni.. huhu, al maklumlah dok umah mana la nak ada internet.. tu pun kdang2 terdetect la open wifi jiran aq yg baik tu.. haha.. Erm, cuti2 gini, menternak lemak la aq dok umah pun… cuti ke?.. haha.. abes sudah pengajian.. dok tunggu dipinang mana2 skolah jek ni.. haha.. lambat lagi ni.. tmbah plak mcm2 crita dgr.. mybe posting bulan 1 la, 2 la, 6 la… aduh.. apa pun xboley.. aq mnunggu jek la.. rezki Allah tu ada di mana2 kan.. konvo plak mmg pemberatan pada bulan 5.. xtau la nak ckp.. ok la cmna pun.. asalkan aq ada keja.. xda la nak menganggur xtntu hala ni kan.. huhu..sperti tahun2 sbelumnya, bulan 12 mmg bulan aq merehatkan bdn sepenuhnya la.. kalo dulu sbelum ni, ada jgk la join dgn prog belia,lekat kat umah pun kjap2 jek..tp la ni x join sgt dah.. kcuali 22hb ni ada prog.. huhu..

Pejam celik dah dah masuk bulan 12 .. mmg cpat masa berlalu.. Cuma ada tmpoh masa lebih krang 3 bulan jek lg.. bakal bertukar status!!.. insya-Allah.. smoga semuanya dipermudahkan.. ahaa.. cam  xpecaya kena pecaya.. tahun depan kena la biasa2 kan mulut ni menyebut umur 24 25 tahun .. alahai.. ye la, masa kt maktab, asyik gila ngaku muda stahun jek.. nnty da masuk skolah, aishhh… susah ni kalo tersasul lg.. haha.. (sambil mengacau Mia tengah wat taik mata) ..

Akhirnya, kajian tindakan dah pun siap.. siap dijilidkan juga.. bahagia rasanya.. stelah bertungkus-lumus, alhamdllah, ni lah hasilnya.. n dapat mklum balas yg amat baik dr panel .. (^_^)v .. di sini aq uploadkan hasil artikel aq.. boley tgk sini... 2P Lost Box - Kemahiran Operasi Tolak..
2P Lost Box meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10 murid bermasalah pembeajaran ..

Sebelum meninggalkan umah 387 taman siswa 2, yg aq n kawan2 menumpang teduh selama 3tahun ni, kitorg dah lelong brang2 dlm umah tu sperti peti ais, msin basuh, dapur n apa2 jek brang yg xdpat nak bawak balik kpada jnior yg bakal mnetap di umah tu plak.. dpat jgk la duit blanja .. huhu.. hujung2 sem, biasa la .. kering..! haha .. tu pn ada ati nak kawen .. haha .. klakar..  
Barang2 yg dijual pada lori besi buruk .. dapat la RM 18 ..
Last hangout sama kawan2 umah..g karok..! haha.. biasa la, dah ada geng gila2 ni, mmg jadi gila la.. tp lpas ni smuanya x sperti dlu. Msing2 bawa haluan masing2.. apa pun aq akan tetap rindui kalian smua..!
Lepas menghabiskan sisa2 suara.. haha

Sempat lagi berposing..

Bersama chik aein..! bakal hak milik org ni.. ehee.. tahniah..


Friday, November 16, 2012

TIPS MEMBINA HUBUNGAN

.. Assalamualaikum sahabat .. 
Dalam sebuah hubungan, andai tidak bersulamkan rasa kepercayaan, maka sukar untuk kita saling memahami antara satu sama lain. Malah buatkan kita merasa kekok untuk saling mewujudkan suasana keseronokan. Bila hubungan mula menjadi hambar, kita tak lagi saling hormat-menghormati antara satu sama lain..

  • Kepercayaan
Bukan mudah mendirikan tiang kepercayaan sekiranya tiang itu bengkok.. apabila kepercayaan perempuan sekali dah hilang, bukan mudah untuk mereka kembali mempercayai pasangan. Biarpun hanya di mulut saja cakap “saya percayakan awak”. Sedangkan hanya untuk menjaga hati pasangan. Mungkin juga akan mengambil masa yang lama atau mungkin tak untuk kembali meraih kepercayaan terhadap pasangan.

  • Saling memahami
Rumah tangga yang dibina 20,30,40,50 tahun pun belum tentu tak dilanda badai. Sebab apa? Sebab tak memahami. Memahami juga berkait rapat dengan kepercayaan. Jika kepercayaan tu tak ada, conform la pasangan akan saling tak memahami. Jika kita percaya antara satu sama lain, tentu kita akan memahami. Am I right? Permulaan sebuah perkahwinan memerlukan toleransi yang tinggi.. sebabnya di situ kita dah make perubahan sistem pada diri kita seharian. So go0d luck.!

  • Wujudkan keseronokan
Kadang-kadang kita serius tak bertempat. Kita cuba nak bergembira dan berseronok dengan pasangan, mungkin apabila berjumpa atau mesej ataupun bersembang di telefon. Tapi kita tak tahu nak bergembira macam mana kan. Jangan pula seronok sorang2.. biar sama2 seronok. Jangan malu2 nak kongsi cerita dengan pasangan. kalau pernah jatuh pokok tu, cer try cerita.. conform la seronok.. buttttt… andai pasangan x bagi apa2 respon setelah banyak benda kita share, xpayah dok cerita lagi dah.. takot berubah plak persepsi dia pada kita..

  • Hormat-menghormati
Ini penting. Kalau kita tak hormatkan pasangan, macam mana kita nak percaya, faham n berseronok dengannya? Rasa hormat perlu wujud. Perempuan hormat lelaki, lelaki hormat perempuan. Sebab apa? Bila kita hormat, kita takut untuk menyakiti antara 1 sama lain. Kalau baru jek kenal, dah mula naik kaki tangan tu, TINGGALkan jek la manusia macam tu.. jz waste ur time..

  • Unsur kecindan
Janganlah asal jek jumpa masam jek muka macam ayam berak kapur. Kalau pasangan kita tak tahu nak melawak, kita cuba melawak. Walaupun lawak bodoh. Jangan pulak selalu buat lawak bodoh. Tapi biar ada logiknya. Bukan sesaat untuk wujudkan keserasian tu..malah makan masa juga..

  • Saling berhubung
Bagi pasangan yang jauh tu, jangan la sampai susah nak berhubung. Cuba cari masa untuk berhubung. Kalau malas nak pegang telefon pun, sambil-sambil online tu, chat la di fecebook dengan pasangan. Tapi yang selalu berjumpa tu, tak payah nak call hari-hari pun tak pa. bagi ruang untuk diri sendiri. Bukan apa, selalu dok berjumpa contoh di kelas ke, di tempat kerja ke, so bila perlu contact. Ini 12jam bertembung, lepas tu mesej n bergayut pula tiap masa. Tak bosan ke?

  • Tidak mendesak
Kalau pasangan cakap letih nak tido tu, jangan la plak mendesak dia. “U kena teman I jugak, I bosan..!” itu cari nahas la. Awal perkenalan mungkin si pasangan cakap “ok, I temankan U” .. bila dah lama, n selalu jek kita wat benda tu, makan hati sendiri la nanti.

  • Fahami minat
Minat setiap orang berbeza. Tak sama. Tapi andai kebetulan sama, maybe itu satu bonus. Andai tak, make sure, anda faham. Kalau dia minat bola, anda minat lempar cakera, jangan la jadikan tu satu alasan untuk tidak faham minat masing-masing. Ngehh ngehh.. kalau tak tahu pasangan minat apa, interview la.. jangan plak dok mengharap dia akan bagitau..

  • Imbas kenangan
Sekali skala, imbas kenangan lama. Macam mana boleh berkenalan, macam mana boleh jatuh hati, macam mana boleh pikat n sebagainya. Bila kita imbas semula, berbunga rasanya. Xsemua kenangan indah, dan xsemua kenangan pahit..

  • Surat cinta
Zaman la, xpayah nak post2 pakai postman lagi dah. Post pakai FB ke, email ke .. just wat surprise. Skali skala, send la di inbox pasangan nota cinta @ penghargaan kepada pasangan. Make sure online dia aktif. Jangan nanti dok send tapi pasangan xbuka baca pun. Seronok lagi, sekali skala jumpa tu, tulis surat bagi by hand. Haaa.. seronok kan.

  • Terima seadanya
Kalau anda hidung jambu, jangan la suruh pasangan penyek hidup dia jadi macam jambu jugak. Terima pasangan seadanya. Tapi bila hati dah berkenan, tahi hidung jatuh pun, berkenan jugak kan..

  • Bagi kejutan
Tak salah make surprised untuk someone yang istimewa. Bukan selalu pun kan.. tapi kalau selalu dok wat surprised tu, kira dah jadi mcm x surprised la pulak..

  • Wujudkan sesuatu yang baru
Kalau selalu bergayut telefon tu, jangan la asyik berbual benda yang sama jek. Wujudkan suasana lain. Jangan asyik bersayang2 jek.. wat rock sikit.. tapi jangan la sampai bergaduh.. kalau yang teringin nak bergaduh tu, cuba tanya pasangan dulu.. ‘awk, jom kita gaduh..! haha..’ tp andai kata respon pasangan tak ok, jangan dok tebiang berani nak gaduh jugak.. nahas namanya tuuu… haha..

  • Mendengar dan didengar
Faham sifat masing-masing. Kalau dah dua2 banyak cakap, kena la ada give and take. Sorang cakap, sorang dengar. Ni kalau dua2 cakap, sapa nak dengar.. lagi pening kalau dua2 diam, sapa nak cakap kan..


Haaa….itu jek la aq dapat kongsikan dalam entry kali ni.. semoga apa yang dikongsi apa sedikit sebanyak bermanfaat dalam membina hubungan..! 

Thursday, November 15, 2012

5 tahun setengah dah tamat

.. Assalamualaikum sahabat ..

Uhh..smacam xpcaya. 5thun stengah dh pn blalu.. Scara rasminya, tmat sudah pngajian aq d'IPG Kampus Darulaman.. Xsangka kan.. Sapa sangka.. Kalo dlu nk tggu 5thun tu trasa lama bebeno lah.. Akhirnya bla dh blalu, ehee nk snyum sorg2 pun ada.. Dlm tmpoh ni, plbagai suka duka pngalaman phit mnis d'lalui..

Erm, tahniah buat kaknab n abg habib yg dh tmatkn zman bjang diorg pd 12nov lepas.. Smoga hdup kalian d'brkati n b'kekalan ke akhir hyat. Amin.. Aq? Ho3.. Dlm proses.. Insyllah, jdoh Allah tu x ke mana.. Cti2 skolah ni, byk knduri.. Kwn2 pn rmai yg akn m'dirikn umah tgga. Jk ada bksempatan tu, insyllah smpai..

Em, rindu plak kwn2 kan.. Siyesly aq xtrasa yg aq dah abes blajar..cma rsa mcm tgh b'cuti sem plak..hu2..bosan jgk cuti2 ni.. Mia jek la pneman.. Buas xtaw nk hbaq la..hu2..

Ltey dok ngejar mia maen dgn ulat blu gdempol tu..ha3..ikutkn ati nk jek cri part time. Ada jgk la income cti2 ni. Tp sah2 mak ayh xbg..nk join blia, dh xbrapa knal pgawai2 bru ni..mlas la plak..so dok umah jek la bina bdan. Ha3..

Kak Nab ..! tahniah ... weeeeeeeeeee... ;)
Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..
Sweet gurlz..

Alahai .... Congratez!!

Friday, November 2, 2012

15 Sept 2012

.. Assalamualaikum sahabat ..

uhh.. sambil dok mengendap2 folder picture ni, terpandang plak gambo2 yg mnarik nih.. saja dah xda keja nak wat ni kan.. last paper isnin depan.. xsabarnya nak abes exam.. then lpas tu......... SELAMAT TINGGAL BUMI JITRA..! ehee .. xla suka sgt, jz rasa pnantian 5tahun stengah dah pun nak tamat. abes sudah ..

Kengkawan yg banyak membantu.. mekasih!!






thanks kak nab, eton, ecah, yana n mat sudi dtg dari jitra ..
Oll in want..! smbil smbut besday isma, along n kak ina ... ehee .. SELAMAT HARI LAHIR..!
Kek Dayah (BFF) aq bagi.. mcm sodap jek ni.. nak lagi boley?..

 InsyaAllah, semoga apa yg di rancang, berjalan mengikut ketetapan-Nya ..

Monday, October 22, 2012

Sok exam KISSM ..

.. Assalamualaikum sahabat ..

fuhh.. ari ni mmg letey.. letey sbb kebosanan ikuti KISSM.. haha .. dgn modul KISSM x terusik.. mlm ni baru buka tgk.. adoiyai .... rasa ........I NEED SOMEONE..! hoho ..  tgh dok membaca nih..tp boley lg buka blog ni.. huhu.. 

nak berjiwang sat la ... boley dak??! haha ..

"yek harap, ichen yek x melalaikan ichen hak kpada Maha Pencipta.. bgitu jugak ichen hak x melalaikan ichen yek kpada Maha Pencipta .. yek ichen hak tebik .. opss! haha .. apa tu.... hentam jek la labu... sj nak rleks2 kan kpala otak ni.. :D  "

maen chess FB jom..! jap g smbng stdy smula.. ehee.. apa nak jadi ni....

Saturday, October 20, 2012

Malam Gala Citra PISMP Sem 8/ Amb. Jan. 2009

.. Assalamualaikum sahabat ..

xsabarnya nak balik bercuti .. mungkin pd sesetengah org, aty diorg rasa sedey sbb nak berpisah dari kawan2 kan.. itu aq x nafikan... terutama kawan2 yg terlalu baik buat aq..  haha .. hah.. rasa nak luahkan jek smuanya.. tp biarlah.. kpahitan itu xkan slamanya pahit.. 5tahun stengah aq di tanah Jitra ni.. banyak benda yg dh dilalui.. byk benda yg dah aq plajari .. mmg susah nak cari sahabat sejati.. apapun aq temui .. ~ kita "sama2 ikhlaskan persahabatan" ni k.. 

ahh..apa yg dok ngarut pagi2 TENGAH HARI nih.. haha.. aq geram kot.. geram dgn insan bernama SAHABAT kawan.. xpa lah.. baki 16 hari lagi.. sama2 la kita bersihkan hati ni.. mana nak taw, nnty dah berpisah jauh ... aq ok jek..! haha .. psiko jek ..

okeys.. berbalik pada minggu ni.. mmg agak rush sikit.. tp aq gini la.. haha .. alhamdllah, kajian tindakan dah pn dijilidkan.. tunggu nak siap jek.. artikel dah pun print.. tunggu nak antar jek.. tugasan KISSM dah pn siap... tunggu nak print jek .. smbil qhalit lewa2 dok main gme/ tengok cerita/ terjah blog/ ni baru terpaggil nak coretkan sikit bingkisan hati dlm blog sndiri .. huhu .. 

En. Wan ari ni g kursus .. selamat berkursus lah yerk..!  penting tu.. haha .. sok aq n kawan2 1 batch ada kursus jugak... kursus induksi sistem saraan Malaysia 2012 .. doakan kami lulus..! 3 hari.. nnty sttle jek semua ni.. boley balik..! yehaaaaaaaa .. :) lepas tu, just fokus pada FINAL EXAM .. wahh2.. sukanya ...

okeys.. ni aq nak habaq crita pasal MALAM  GALAK  GALA CITRA PISMP Sem 8/ Amb.Jan 2009 .. udah selesai.. mmg meriah.. thankz pd yg bertungkus lumus menjayakan.. wat dekat Dewan Ukir Mall, Alor Star, Kedah .. taw x?.. kalo xtaw, ce tya abg google k..! ehee .. aa simple jek.. pakai baju raya dlu .. xda mknanya lah nk berhabis smata2 utk 1 malam yg skejap jek tu .. 

Geng umah di MGC .. 


Bersama Mentor : Encik Hamzah
Bak kata En. Wan : ni geng skolah SKPW...haha.. :p
Amira n Atiqah ..
My Classmate : bersama Miss Tina (Lect EDU sem akhir) ..
Beribu Sesalan : Gandingan Ain, Dila n aq .. haha.. cubaan berani malu .. !
En. Wan .. ni buktinyaaaa... haha ..
My Favorite : Nasi Putih Ayam Masak Merah
Kami 10 orang..!
Last Dinner bersama2 geng umah ..

Saturday, October 13, 2012

Tips pikat hati isteri

.. Assalamualaikum sahabat ..

sambil melayan2 lagu nasyid ... xda keja katakan... sedangkan bertimbun jek keja.. haha . td kuar dgn ain jap kononnya nk g beli bdminton (murah2 pun jadik la) sbb nak main ptg2 dpan umah.. malas nk berjogging .. tp bila smpai jek yawata, dah selesai membeli blah, baru tringat bdminton xbeli.. iskh2... teruk sngguh.. haha smbil ketawa dua org atas moto... 

dah bosan nk wat keja, aq pn saja jek search google, nak cari kesan triclosan terhadap jerawat.. tp lain plak aq baca.. maklum la, bila dh masuk blog2 org yg cute2 n berlagu2 n penuh entry2 yg berkaitan diri ke, pribadi ke, apa ke kan yg menarik...msti abes menerjah smua entry2 tu.. ada la 1 blog ni .. blog Nana yg aq baru jek sudah ketawa sorang2 kuikui bunyinya.. haha ... entry dia mudah jek.. pasal tips memikat hati isteri. ..~ nk baca?.. meh baca ..

SITUASI : anda nmpk isteri anda makin gemok

SUAMI : " sayang....abg suka la tgk syg pakai baju yg ni (sila tunjukkn baju dia yg lame2) sbb nmpk sexy la, geram abg tau!!! sayang sayangggg nak tak every weekend teman abg jogging or main badminton? perut abg mcm dah makin besar je walaupn tak besar sgt"
SITUASI : masakan yg isteri anda masak sgt masin/manis

SUAMI : " abg suke semua yg syg masak tau, sedap2 dan cukup rasa semuanye!!! tapi kn syg, doktor cakap abg takleh mkn benda masin n manis dah lepas ni sbb takot kna kencing manis dan darah tinggi...apa kata kn lps ni kalo syg masak, kurangkn sket garam n gula, takpe la kalo syg rase kurang masin n manis sket pn jnji abg makan kn??? demi kesihatan abg, syg sanggup kn same2 mkn masakan yg tawar sket??? "
SITUASI : mulut isteri anda berbau

SUAMI : "sayang...abg rse mcm nk beli listerine la sbb abg tak confident nk bercakap dgn client bile lps makan...tapi kalo abg ade dkt rumah, nak tak tiap2 kali lps mkn kite same2 gosok gigi dlm toilet...sweet kn syg??? blh abg usik2 syg dlm toilet nnti (buat muka nakal)"
SITUASI : badan isteri anda baunye kurang enak (sbb tak pakai deoderant kot)

SUAMI : " kwn abg ade jual sabun utk hilangkn bau bdn, abg ingt nk try la....jom syg kite habiskn je sabun yg dh ade dlm toilet tu then kite pakai sabun yg blh hilangkn bau badan...takpe la badan takde bau pn, kite try je la nk tak??? smbil2 tu blh tolong bisnes kwn abg tu (padahal beli kat farmasi je)"
SITUASI : isteri anda kalo bercakap tu sebatu org blh denga suara dia

SUAMI : " ish cuba syg tgk perempuan tu, cakap punye la kuat kn??? tak malu ke ha dia tu cakap kuat2 cmtu??? kalo dia tak malu pon tp msti suami dia malu kn syg??? nsb baik la isteri abg yg comel ni cakap lemah lembut je dan perlahan pulak tu (harap2 la dia paham)"
SITUASI : isteri anda malas kemas rumah

SUAMI : "syg nk rumah besar tak??? tapi kalo dah duduk rumah besar n selesa, syg kna la pndai jaga rumah tau...hias cantik2 n rajin2 kemas sbb membazir la kn kalo abg beli rumah baru tp dalam nmpk mcm buruk...abg rase tenang la kalo balik2 rumah je nmpk rumah kite ni bersih...nk manje2 dgn syg pn abg rse syok je"
 memang penuh adab kesopanan dan kesusilaan la si suami dlm situasi di atas ni.. kalo bini xphm2 jugak, xtaw lah.. haha.. siyesly mmg klakar.. tp ada btolnya jugak kan.. xkan nak trus direct .. "syg! badan syg ni mcm ikan pekasam lah.." ah sudah la... tersentap tuuu... shari smalam merajok apa bini tu... touching kot..! haha ... klakar ... apapun bagi kawan2 yg bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi (cuti sekolah dah hampir tiba) .. tahniah.. moga anda suami isteri berjaya mengemudi bahtera bersama2 xkira sekuat manapun ombak menghempas.. ujian yg mendatang anggaplah sbg rahmat Tuhan utk mengukuhkan lg ikatan yg terjalin..

Friday, October 12, 2012

Today is Friday

.. Assalamualaikum sahabat ..

Friday Futsal.. haha..ntah apa2 la.. but mmg njoy.. ari ni game futsal dgn adik2 junior course Pendidikan Khas d' Kpala Batas.. aq, dila, ain, ecah, zaza, eton, n ina team CREAM PUFF! haha.. mnentang psukan kakak2 princess .. alahai.. batch kami jugak.. sbbnya budak2 jnior pmpuan tarik diri.. jadik la tu skadar hiburan ujung2 minggu n last2 sem ni kan... geng2 laki plak yg dinamakan ABANG2 FC (luga aq..haha) hya bjaya smpai ke sparuh akhir.. dgn penalti berapa ntah td dgn adk2 jnior.. mmg brentap hebat la.. apapun go0d job.. n tahniah!..  mmg best n meriah.. nnty nk rasa suasana gini ntah bila lagi plak .. huhu.. gmbar?.. ada2.. tp smuanya dlm DLSR bessy.. nnty aq nyusulkan upload dlm ni erh .. now xda lg ...

ni aq copy n paste kan ucapan pengerusi majlis (Fardy), Friday Futsal ELDYERS CHALLENGER:
Assalamualaikum dan Salam 1PK..Alhamdulillah event FRIDAY FUTSAL ELDYERS CHALLENGER v.1 telah berlangsung dgn meriah td..Terima kasih kpd semua yg telah melibatkan diri serta hadir memeriahkan acara terutamanya batch PISMP SEM8 yg lengkap barisan lelaki dan wanitanya..Tahniah kpd juara,pasukan KAPAN FC dr PISMP Sem4 yg menewaskan pasukan dr PPISMP Sem3 PECAH KEPALA FC dgn kiraan 2-0 (LAMBUNGAN SYILING) selepas berkesudahan seri 3-3 pd 14minit msa permainan dan seri 4-4 dgn sepakan penalti..Bg psukan yg tdiak berjaya,cuba lagi pda edisi akan datang. Seterusnya bagi PERLAWANAN JEMPUTAN WANITA PISMP SEM8,tahniah kpd pasukan CREAM PUFF yg menewaskan pasukan KAKAK2 PRINCESS dgn jaringan 4-1..Seterusnya jutaan terima kasih diucapkan kpd semua warga ELDYERS IPDA dan semoga event spt ini dpt dijadikan event tahunan kita..Sekian,Pendidikan Khas didahulukan,Tuan Hj Rahim diutamakan...!! :D
keputusan jugak aq amik dari group yg baru sj aq join, di mana menurut Fardy jugak iaitu adik junior kitorg yg tubuhkan group ni dalam laman FB cakap ...
Assalamualaikum dan salam 1Pendidikan Khas...group ini diwujudkan adalah utk mnyatupadukan smua pelajar PK di IPDA xkira batch mna skalipun..pelajar course PK adalah golongan majoriti di IPDA buat msa kini,jd xsalah kalau kita wjudkn 1 komuniti..Ini supaya kita mudah nk kenal2 sama2 junior n snior,mudah nk share pndapat,share spot question,share bahan,soal-mnyoal & mcm2 lg..PERINGATAN! DILARANG BERMANJA2,BERSWEET2,BERGELENYA2,BERGATAL2 DAN SEMUA YANG SEWAKTU DGNNYA dlm group ni..klu nk ngorat boleh,tp sila adjust dlm inbox..
n keputusan rasminya Friday Futsal ELDYERS CHALLENGER v.1:
Grouping Stage:

(GROUP A)

Abang2 FC (PISMP Sem 8) [2] vs [0] Mini FC (PISMP Sem 4)
Kawe FC (PISMP Sem 4) [1] vs [0] Maju Bujang (PISMP Sem 2)
Maju Bujang (PISMP Sem 2) [2] vs [3] Abang2 FC (PISMP Sem8)
Kawe FC (PISMP Sem 4) [4] vs [2] Mini FC (PISMP Sem 4)
Kawe FC (PISMP Sem 4) [2] vs [1] Abang2 FC (PISMP Sem8)
Maju Bujang (PISMP Sem 2) [2] vs [1] Mini FC (PISMP Sem 4)

(GROUP B)

Lelaki Maskulin (PISMP Sem 6) [3] vs [4] Kapan FC (PISMP Sem 4)
Brotherhood (PISMP Sem 2) [0] vs [1] Pecah Kepala (PPISMP Sem 3)
Pecah Kepala (PPISMP Sem 3) [1] vs [0] Lelaki Maskulin (PISMP Sem 6)
Kapan FC (PISMP Sem 4) [4] vs [1] Brotherhood (PISMP Sem 2)
Lelaki Maskulin (PISMP Sem 6) [2] vs [1] Brotherhood (PISMP Sem 2)
Kapan FC (PISMP Sem 4) [0] vs [1] Pecah Kepala (PPISMP Sem 3)

SEMI-FINAL 1:
Kawe FC (PISMP Sem 4) [2] vs [3] Kapan FC (PISMP Sem4)

SEMI-FINAL 2:
Abang2 FC (PISMP Sem 8) [1] vs [1] Pecah Kepala (PPISMP Sem 3)
*Pecah Kepala menang penalty 4-3.

FINAL:
Pecah Kepala (PPISMP Sem 3) [3] vs [3] Kapan FC (PISMP Sem4)
*Kapan FC menang lambungan syiling (2-0) selepas penalty 4-4.

PERLAWANAN JEMPUTAN WANITA:
Kakak2 Princess (PISMP Sem 8) [1] vs [4] Cream Puff (PISMP Sem 8)

dok berpesbuk td, dpt la baca note utk tklimat exam nnty.. waaaa... exam coming so0n!! suka ada, xsuka pun ada... coz last exam! utk slama 5tahun stengah aq d IPG ni.. lepas...! haha ...
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

PERHATIAN!!!!!!

Taklimat peperiksaan akan diadakan pada 15 Oktober 2012, pada jam 12.00 hingga 1.00 p.m..bertempat di Dewan Besar IPG Kampus Darulaman..

*Sehubungan dengan itu, semua pelajar IPG Kampus Darulaman diwajibkan hadir untuk sesi taklimat*

 sambil2 meninjau post2 terbaru tertarik plak dgn picture n kata2 ni ... (^_^)v

buat pemilik rusuk ini..