Saturday, January 14, 2012

teruskan melangkah

aq belajar dari sebuah pengalaman..
benarlah kata pepatah..
bukan mudah utk mudah..
bukan susah utk susah..
hidup,realiti, fantasi..
menjadi taruhan bg jiwa yg sntiasa diuji..

andai tersungkur, munasabahlah...
bukan bermakna hidup mesti ditamatkan serta merta..
selagi kaki masih memijak bumi
slagi mata mendongak ke langit
selagi nafas tidak berhenti
bangunlah...pandanglah...
teruskan melangkah..
bukan utk jatuh tersungkur lagi..
tp utk mencari langkah yg hakiki..

to be continue.... :)

suka2 main catur..

wohhoooo...da lama xbuka blog ni ha..rindu ase...dah macam2 pkara terjadik dalam masa 2@3 bulan ni.. terlalu banyak.. ada suka, ada sedih, ada ngeri, ada seram, mcm2 ada lah.. apapun semua itu dugaan serta cabaran Allah utk menguji sejauh mana tingkat keimanan hambaNya.. aq redha..

tanpa sedar x sedar, tahun ni dah final year aq di IPG Darulaman ni.. Insyallah... mudah-mudahan segalanya berakhir dgn sempurna selama 5tahun stengah aq berada di bumi Jitra ni.. banyak bnda yg aq nk coretkan.. tp xpa lah..slow2 nnty aq nyusur tiap satu persatu kehidupan selama 2@3 bulan yg tertonggak untuk pnulisan di blog ni...

sok cuti hari keputeraan sultan kedah! yehaaaa....cuty.. ehee... sempat lg la rest2 n wat assngment bimbingan kaunseling yg nk kena sbmit kamis depan..n hari tu jgk nk balik penang! hehe... 



pagi  ni xda keja...sj on9 jap pinjam broadband zaza yg dok syok tidoq tu...ehee...n tergerak haty nk cari kelebihan bermain catur.. ye la.....skrg dok gila main catur dgn kawan2.. terutama aswani...dulu nk main x da kwn sapa nk lwn..n sem ni aq kenalkan pd semua bebudak umah aq kcuali la farah n fizah yg belom tergerak aty nk main lg...xpa2..slow2 aq ngasut nnty.. dila, ain, zaza, kakwa dah blajar main..n dah gila dah main catur.... niat hanya nk isi masa lpang.. mklum la..balik kelas petang2 xda wat apa....sj nk bg hilang rasa ngantuk dr tido waktu2 ptg, open tble la main catur.. 

aq da baca satu blog ni... JiYaZ ForEVer, mohon dishare klebihan bermain catur .. 

Catur menjadi inspirasi kepada motivasi diri sendiri
 - Ia menggalakkan anda mencari jalan yang terbaik, perancangan yang rapi sehinggalah tamat permainan, motivasikan diri anda supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama dan mengurus masa berfikir. 
Catur dan sains 
- Catur membangunkan pemikiran yang saintifik. Sewaktu bermain, anda cuba untuk memperkayakan variasi cara buka mainan anda, anda cuba untuk mencari idea-idea baru, cuba untuk teka dan hasilkan keputusan, anda tentukan hipotesis dan seterusnya anda membuat pergerakan disamping menguji pergerakan anda tadi. 
Catur dan teknologi
 - Apa pemain catur buat ketika bermain? Hampir sama dengan sebuah komputer. Anda akan cuba mencari jalan yang terbaik pada masa yang ditetapkan. 
Catur dan matematik 
- Catur melibatkan pengiraan nombor sehingga infiniti iaitu sebarang pengiraan melibatkan dari awal permainan, memastikan bagaimana untuk menyerang dan bertahan dan yang pasti anda menggunakan otak anda sendiri, tidak seperti sesetengah mesin. 
Catur melatih daya penumpuan
 - Sewaktu bermain, anda hanya menumpukan pada satu tujuan, bagaimana untuk syahmat lawan dan seterusnya menang. 
Kos yang rendah
 - Catur juga tidak memerlukan kos yang tinggi seperti sukan-sukan lain, golf, bolasepak dan sebagainya yang perlukan peralatan dan jersi sendiri 
Kehidupan 
- yang paling penting bermain catur sebenarnya berkaitan dengan kehidupan seperti mengajar tidak tamak, belajar berkorban, berfikiran terbuka, selalu berhati-hati, merancang strategi dengan penuh teliti, bijak menguruskan masa dan sebagainya.
ni entry kedua...entry pertama pndai2 la cari sendiri di blog tuannya eh... apa yg aq nk highlight kn, aq tertarik dengan point last skali... KEHIDUPAN.. mmg aq stuju dgn apa yg dperkatakan.. sbb tu la bila aq ngajar kwn2 aq, aq pesan, apapun kena berkorban kalo nk maju...rncang strategi elok2..n dr cara bermain kwn2 aq, aq dpt baca pergerakan diorg..ada jgk yg ngatakan bermain catur itu haram hukumnya tp tidak skiranya tiada unsur perjudian mahupun taruhan.. kami bermain suka2... eheee....