Saturday, June 30, 2012

KAGUM 2012-Kontinjen IPG Darulaman

.. Assalamualaikum sahabat ..

dah lama rasanya x terpanggil utk menulis di blog ni.. dh brapa bnyak sarang pn xtaw lah kan.. now, aq berada di kuala nerang .. dlu aq di sini sbb aq praktikum..n kali ni.......bukan posting..(mcm cikgu2 SKKN ingt)..tp aq n dila dtg utk jangka waktu yg lbey singkat dr dulu, slama sebulan jek.. sbb internship.. apapun, rasa ringan sikit la internship ni berbanding tempoh 3bulan praktikum dlu.. sbbnya RPH kena wat sminggu skali jek...cuma kena wat laporan n projek... ok, about Kuala Nerang ni, nnty aq ceritakn.. aq nk kongsikan cerita aq sebelum2 ni.. mcm2 pkara dh berlaku spanjang tempoh ni.. ada suka, duka, geli hati, gelisah, serabut n mcm2 lah .. n aq yakin, smua manusia ada emosi mcm tu kan...


cuti sem....org lain seronok bercuti2 di rumah bersama kluarga, aq n bberapa kawan cuma smpat balik cuti sminggu..sbbnya terlibat dgn KAGUM.. ni kali kedua aq sertai KAGUM (karnival gerak kerja kokurikulum) peringkat kebangsaan 2012 yg diadakan di Perlis.. kalo dulu aq pergi nun jauh ngeri di selatan, dkat Bandar Penawar, Johor..dulu balik dgn tangan kosong... sama jugak la kali ni...cuma peringkat pencapaian yg berbeza..  aq mewakili kontigen IPG Darulaman.. seramai 11 lelaki, n 9 prempuan.. aq masuk acara lempar cakera!! haha..semua xnk percaya kan.. bila org tya, aq gitau, diketawakan pulak... pelik ke org mcm aq masuk lempar cakera???... (banyak persoalan yang berada di minda....lalalalala...dgr sendirik la lagu Najwa Latif) haha... even berat sgt ati aq nak masuk, tp ni lah hasilnya ... keputusan rasmi lempar cakera wanita .. alhmdllah...aq masuk akhir wlaupun aq berada ranking last.. no.8 dr 22 org pserta IPG .. syukur.. kenangan yg aq xkan lupakan smpai bila2...



peserta2 Lempar Cakera wanita akhir.. kcuali yg pakai cap tu ..


ramai kenalan..seronok... kitorg menetap di IPG Perlis.. kmudahan not bad la.. selesa.. thankz sbb sudi terima kdatangan kami ke sana.. sebelum nk ke sana...kitorg menetap di hostel IPG Darulaman la seminggu utk sesi latihan.. perghhhh!! latihan sehari2 yg amat2 memenatkan... berjemur di tgh pnas matahari.. xdpt dinafikan aq burn..!! haha.. gelap la jgk .. tp xpa lah.. perjuangan ttap diteruskan.. ehehee..

KAGUM 2012 - kontinjen IPG Kampus Darulaman


ikutkn aty, byk lg ni nk upload gambo...tp mlas le plak... ehee ... nnty la bila ada klapangan masa...ni tahun last aq di IPG.. n aq rasa pluang yg dtg, aq xsia2kn... IPG kitorg dpt 2emas.. credit to anas sbb dia dh dpatkn emas ptama n kdua utk IPG..



shari sebelum g perlis, kitorg merendamkan diri di Pusat Aquatik, Gunung Kriang Kedah ..


apapun aq hrapkan bakal2 plapis atlet IPG Darulaman (adik2 junior) teruskan usaha utk menaikkan nama IPG kita setaraf dgn IPG2 lain.. chaiyok2!! ..






Monday, June 18, 2012

10 Tips rawatan kulit berminyak

.. Assalamualaikum sahabat ..


1.       Bersihkan wajah 2-3 kali sehari dengan sejenis buih pembersih bebas minyak. Jika melakukan scrubbing, lakukanlah dengan lembut. Menekan dan menggosok-gosok dengan kuat akan berisiko membuat kulit wajah menjadi kemerahan.
2.       Hindari jenis pembersih muka yang membuat kulit menjadi sangat kering. Keadaan ini hanya menjadikan kulit lebih banyak minyak.
3.       Jangan menggunakan produk pembersih muka hanya atas rekomen seseorang walaupun daripada jurujual sekalipun kerana anda yang tahun jenis kulit anda. Jangan tinggal produk jika anda berjumpa dengan produk yang bersesuaian dengan kulit anda.
4.       Gunakan pelembap, losen penghalang matahari, produk make up oil free, tidak menutup pori (non comedogenic) dan mengandungi AHA (alpha hydroxyl acids) untuk membuang sel kulit mati pada wajah anda.
5.       Usap wajah 2-3 kali seminggu dengan air panas yang sudah dititiskan chamomile oil atau lavender oil untuk menenangkan kulit wajah anda.
6.       Kurangkan lemak dan minyak dalam makanan anda. Sebaiknya makan makanan berunsur buah-buahan, sayuran segar dan biji-bijian.
7.       Cuci muka dengan air suam. Air yang panas justeru hanya akan mengikis kadar kelembapan semula jadi kulit.
8.       Usahakan supaya kulit muka anda tidak terkena pancaran matahari yang berlebihan kerana sebenarnya panas yang berlebihan merangsang kelenjar minyak mengeluarkan lebih banyak minyak.
9.       Jangan lupa makan suplemen seperti vitamin B kompleks, vitamin A, vitamin C, zink dan vitamin E.
10.   Rajin-rajinlah berwuduk sama ada solat wajib mahupun solat sunat kerana dapat membersihkan wajah daripada debu yang menempel sehingga mencegah terjadinya penutupan debu pada pori-pori kulit wajah.

Sunday, June 17, 2012

Tips mengenal perubahan kosmetik

.. Assalamualaikum sahabat ..

Lipstik tahan 6 bulan. Buang apabila :
·         Tekstur lipstik tidak mulus lagi dan ada butiran-butiran.
·         Warnanya rosak. Warna bahagian atas lipstik lebih pudar dari bahagian bawahnya.
·         Baunya menjadi masam.

Bedak tabur biasanya tahan 4 bulan. Buang apabila :
·         Ada titik-titik. Bererti telah diserang kulat.
·         Baunya kurang sedap.

Krim atau losen tahan 3-4 bulan. Buang apabila :
·         Baunya berubah menjadi masam kerana losen mengandungi oksida buah-buahan sehingga baunya masam jika sudah tamat tempoh.

Pembayang mata tahan 3-4 bulan. Buang apabila :
·         Ada bintik-bintik bererti diserang kulat.

Maskara tahan 3-4 bulan. Buang apabila :
·         Baunya berubah.
·         Cairan mengental dan bergumpal.