Thursday, November 12, 2015

Keep it up

.. Assalamualaikum sahabat ..

harini 12 November 2015..!!

serius lama x buka blog ni.. bkali2 jgk la nak buka acc blog ni.. sbb x ingat password.. huhu.. stahun lebih dah rasanya.. inshaAllah, lepas2 ni ada la entry baru.. nak cuti sekolah dah pun.. apapun, selamat bercuti sekolah..! ops, cikgu plak yang terlebih.. ngehhhh.. sebabnya, keja bertambun2 bertimbun2 nak kena settle sebelum cuti bermula.. so ayuh kawan2!! kita BERSEMANGAT.....!!


Monday, March 31, 2014

Ibu rindukan anak ibu


Buat anak ibu... maafkan ibu.. terpaksa meninggalkan anak ibu buat sementara.. ketauhilah, ibu amat merindui juga menyayangimu.. setiap masa tak pernah sesaat ibu lupakanmu nak.. hebatnya cinta yang Allah berikan pada ibu untukmu nak.. ibu sedih mengenangkan nasib ibu juga abah mu.. ketauhilah, ibu dan abahmu juga berjauhan seperti ibu berjauhan darimu.. tuntutan kerja memisahkan kita bertiga nak.. sukar bagi ibu menghentikan tangisan ibu tiap kali menatap potretmu.. sukar bagi ibu memujuk hati ibu untuk terus sabar menunggu hujung minggu.. ibu terlalu merinduimu.. merindui galak tawamu.. merindui tangisanmu.. merindui gelagat kecil mu.. merindui segalanya tentangmu.. ingin sahaja ibu pejamkan mata dan meminta esoknya bertemu denganmu.. ibu sakit.. sakit apabila mengenangkanmu.. ini kali pertama kita berjauhan.. ibu tak kuat.. ibu cuba kuat.. ibu hanya berpura-pura kuat nak.. ibu xsekuat tu.. ibu terlalu lemah memikirkan mu di sana.. ingatlah nak.. ini ibumu yang selalu merinduimu.. ingin saja ibu bawa pulang.. tapi maafkan ibu.. keadaan ibu di sini pun xmenentu buat masa ini.. ingin saja ibu membawa anak ibu bersama hujung minggu ni.. tp ibu inginkan yg terbaik buat anak ibu.. sabar ya nak.. nanti bila keadaan dah kembali sperti sediakala, ibu akan menjemputmu.. harap anak ibu xjemu menunggu ibu.. ibu bahagia bila mendengar anak ibu ketawa.. walaupun hati ibu terseksa.. jaga dirimu baik2 ya nak.. jangan pernah lupakan ibu, sentuhan ibu, gelak tawa ibu, gurau senda ibu,pelukan ibu.. juga air susu yg ibu berikan padamu.. tunggu ibu dan abah pulang hujung minggu ni ya anak ibu.. ibu dan abah tak sabar bertemu dengan mu.. terima kasih Allah, kerana memberikan kami perasaan rindu itu.. namun, satukanlah kami ya Allah.. seperti keluarga lain.. (tak sabar nak isi eg tukar/ moga ada sinar juga rezeki buat kita bertiga) ..Amenn...

Thursday, March 13, 2014

Hadiah buat suamiku..

Assalamualikum suamiku..

Ini isterimu..
Yg jauh darimu saat ini..
yg setia menantimu setiap hujung minggu kembali..
Menjaga apa yg kau amanatkan padaku..
Cinta, kasih sayang, kesetiaan, kesihatan..
Kini hadirnya cinta hati kita yg baru..
akan ku jaga buatmu... slagi ada dayaku..
Dlm mnanti kpulanganmu dihujung minggu..

isterimu ini terlalu merinduimu..
sepi dalam duka menanti khadiranmu..
syukur alhamdullillah dariku..
dikurniakan cahaya mata sbgai pnghibur hatiku..

Trima  kasih suamiku..
serendah hati ucapan buatmu..
krana menjadi suami yg tbaik buatku..
krana menjadi abah tbaik buat cinta hatiku..
Inilah anugerah terindah buatku..

kesanggupanmu berulang alik stiap minggu..
dr perak ke pinang tanpa jemu..
kesanggupan pula meneruskan pjalananmu..
 berulang alik dr perak ke KL menahan penat lelah dirimu..
ptg jumaat mnaiki bas ke Pudu..
meneruskan pjalanan menaiki LRT utk smpai ke wangsamaju..

Trima kasih suamiku..
menghantarku pulang dr pinang ke KL ..
dan mlmnya dirimu pulang ke Perak..
Segala letihmu digilap dengan senyuman..
tuntutan kerja memisahkan kita..
Allah.. satukan kami...

Trima kasih suamiku..
Menerima apa ada ku..
Memahami diriku..
mlayan krenahku smasa membawa cahaya cintamu....
mmenuhi pmintaanku, itu ini..
mnjadi tmpatku mngalirkan airmta..

buat slamanya syg harap abg tidak akn pernah mngeluh dengan semua ini..

Nah hadiah buatmu sempena ulang thun pkahwinan kita..
16 Mac 2013-2014
tiada perkara paling bermakna selain menghadiahkan mu sebuah kebahagiaan..
semoga ikatan ini kekal abadi hingga ke akhir hayat..
Ameen...





Buah hati ibu abah

.. Assalamualaikum sahabat ..

erm, sjak ada zara irrdina ni, nk buka lptop pn xnyempat2 dah.. on9 guna tpon jek.. 

Abah n anak bila bersama sminggu skali..

Letih bebeno si abahnya..

Gerammm..

Kalo mcm ni, sah la nyeyak tido.. 

Makin membesar dah ank ibu ni..

Ops, ibu gunting rambut zara.. ehee ..

Abah cukur rambut Zara sambil dibantu oleh tokwan n maktok..

Jeng jeng jeng...!! shaolin dah gayanya..


Friday, March 7, 2014

Scarf Perfume Part 3 (Testimoni)

.. Assalamualaikum sahabat ..



meh kita tengok apa kata pengguna .

Pengasas fesyen sukan untuk muslimah, Nashata (www.nashata.com), Eliza buat keputusan untuk 'tinggalkan' BRANDED PERFUME kesukaannya untuk SCARF Perfume yang bebas alkohol.


Akak suka purple. Best sgt bau dia. Mcm Tresor In Love yang baru tu. Akak memang pakai perfume ini. Masa bau aka terus recognise. Hahahhaha.. best2x!


Kerjaya saya mmg memerlukan saya berhadapan dgn pelanggan setiap hari.. Dan pelanggan AlRajhi Bank semuanya bukan calang-calang.. Foreign bankkan... Wangian scarf perfume betol telah meningkatkan keyakinan saya! Rasa mcm 'sophisticated' sgt bila pakai scarf perfume!


Anak-anak saya sangat menyukai SCARF Perfume. Mereka kekal wangi selepas pulang dari sekolah - Pn Zurina, Shah Alam











Scarf Perfume Part 2

.. Assalamualaikum sahabat ..


Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Wewangian bagi lelaki adalah wangian yang keras, aromanya (bau) keras dan warnanya tidak nampak. Sedangkan wangian bagi perempuan adalah wangian yang warnanya nampak dan aromanya tidak menyengat (hidung)."

Jadi, SF tidak akan mengecewakan anda wahai kaum Hawa.. sememangnya wangian2 SF sedap dan nyaman serta tidak menyegat hidung sesapa saja yg bau.. x rugi mencuba ..

Jenis2 SF yang dijual..

Premium Pack
Esklusif bagi anda yang ingin koleksi lengkap SCARF Perfume.
75ML: 5 Wangian x 15ML Setiap Satu


Mini Pack
Paling laris untuk anda cuba kesemua 5 wangian SCARF Perfume.
10ML: 5 Wangian x 2ML Setiap Satu



SinglePack

Sabda Rasulullah, "Sesiapa yang menghabiskan 1/3 dari hartanya untuk wangian, maka dia bukanlah dari golongan yang membazir".

So, jangan anda mengangap dengan membeli wangian, adalah membazir.. lagipun harga SF tidaklah terlalu mahal malah ia mampu milik.. sememangnya anda akan berpuas hati..

pm segera (Zawani Ahmad) / sms/ wassup/ wechat : 0174465096

SCARF perfume

.. Assalamualaikum sahabat ..

Wah2.. dok gila nak menjuai perfume plak dah.. sambil2 mencari pendapatan sampingan.. sesapa berminat nak mencuba/ membeli wangian SCARF perfume, silakan.. bukan hanya nk promote semata mata, tp seriusnya mmg aq amat tertariik dengan wangian SF ni.. xrugi mencuba.. kalo dulu kita dibelenggu wangian one drop perfume, tp kini evolusi SCARF PERFUME plak melanda.. 


Apakah yang unik tentang SCARF Perfume?

1. Bebas Alkohol. Boleh dipakai untuk solat.
2. Gred EDP (Eau de Parfum). Tahan lama, berkualiti tinggi.
3. 5 Jenis Wangian. Pelbagai pilihan untuk kegunaan setiap hari.
4. Mengikut Fesyen. Padan dengan 'mood' dan fesyen harian.
5. Wangian Tersendiri. Direka untuk personaliti seseorang muslimah.

SCARF Perfume tidak mengandungi alkohol. Sebab itu, peratusan pati wangian yang digunakan lebih tinggi daripada jenama terkemuka di pasaran. Anda pasti akan jatuh cinta dengan keunikan wangian yang asli dan tersendiri daripada SCARF Perfume.

pm segera / sms/ wassup/ wechat : 0174465096




Berbaloi.. memang berbaloi ..


Mini Pack SF (2ml tiap botol/ 5wangian)


Apa yg perlu anda tahu, SCARF Perfume adalah jenis gred EDP (Eau de Parfum). Berbanding dengan perfume yang terdapat di pasaran, perfume gred EDP lebih berkualiti dan bertahan lama berbanding dengan perfume yang gred EDT (Eau de Toilette) dan juga EDC (Eau de Cologne)

pm segera (Zawani Ahmad) / sms/ wassup/ wechat : 0174465096


Thursday, March 6, 2014

Kuatkan aku..

saat ini..hatiku, jiwaku, perasaanku, amat terluka ... Ya Allah.. kuatkan dan tabahkanlah hatiku ini menempuhi segala takdirMu.. Aku hanya mampu tersenyum.. Hanya mampu memekakkan telinga.. Hanya mampu buat tidak endah.. Tapi jauh di sudut hatiku, aku amat terluka.. Hanya padaMu aku berserah.. izinkan aku bersamanya selagi hayatku masih ada .. Fahami dan mengertilah diriku..

Friday, February 21, 2014

Hebatnya Wanita

.. Assalamualaikum sahabat ..


Bacalah Wahai Kaum Adam, Kenalilah Wanita 


Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya.. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.

Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.

Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.

Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.

Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.

Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu.
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia..
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran..
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa..
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..

Hebat kan wanita?
Anda bertuah menjadi seorang wanita..

Buat kaum Adam, hargailah kaum Hawa anda..

Tuesday, February 18, 2014

bukaan serviks

.. Assalamualaikum sahabat ..



Bukaan servik, saiz bukaan diibaratkan:


2cm: Syiling 10 sen
4cm: Biskut Oreo
6cm: Tin minuman ringan
8cm: Donut
10cm: Tisu tandas



Lihatlah kaum adam.. bukalah mudah utk melahirkan zuriat buatmu, seorang cahaya mata, pnawar duka, pemberi bahagia kpdmu.. so, hargailah isterimu seadanya.. bertarung nyawa dihujung tanduk.. hidup mati sebelah kaki.. tangisan xsiapa dpt kongsi..demi kebahagiaanmu yg hakiki.. 

Sunday, February 16, 2014

Janji dicapati

.. Assalamualaikum sahabat ..

janji dicapati..
Sedihnya bila hidup berjauhan suami dan isteri.. tiap hujung minggu menanti kehadiran suami.. dan tiap hujung minggu juga la air mata ni berlinangan tatkala perlu berjauhan semula.. 3 hari 2 malam jek dpat jumpa.. 4 kali dalam seminggu.. terasa benar di hati ni ingin kehidupan berumah tangga seperti orang lain.. tapi apakan daya, tanggungjawab pada Negara, masyarakat lebih utama.. sentiasa berdoa agar dapat hidup bersatu.. isi eg-tukar pun, “permohonan TIDAK DILULUSKAN”.. aq berharap sangat pihak kementerian pendidikan lebih berperikemanusiaan terhadap perkara ini.. anda bayangkan bagaimana anda di pihak kami yang TERPAKSA berjauhan laki bini.. anda sanggup?.. (persoalan yg ditujukan kpada pihak yg bertanggungjawab).. apa salahnya satukan kami.. bila berjauhan gini, semangat nak mengajar luntur, kos sara hidup bertambah, wujud guru stress n mcam2 lagi lah.. kami xminta gaji puluhan ribu, pujian berlambung2, tp kami minta jangan seksa kami.. ramai guru2 yg terpaksa hidup berjauhan dr psangan serta anak masing2..  fikirkanlah kesulitan yg dialami.. kami juga manusia biasa, punyai prasaan yg halus.. hanya minta dimengerti..

Ya Allah, satukanlah kami.. dekatkanlah kami.. peliharalah kami.. kami pasangan yg halal hanya ingin menjalani kehidupan serta berkhidmat berbakti pada pasangan kami dengan yang sepatutnya..


Wednesday, February 12, 2014

Sharing is caring

.. Assalamualaikum sahabat ..

D3 : budak kecik yg byk akal
erm, sronoknya..ada tmpat nk main2, berbual2.. ehee .. ni la zara irrdina, hari ke-3 pun dah mcm sbulan.. gelagatnya..xmcam baru 3 ari lihat dunia.. bukan aq jek sdar, rmai yg dtg mlawat ckp gitu.. mana xnya, tua dlm prot kan.. apa yg sonok sgt dok dlm prot tu pn xtaw la.. mngkin sbb ibu dia bg mkn ckup kot.. ye la, boleh kata tiap minggu mkn secret rcipe.. slalu dok mkn aiskrim magnum.. uh.. mmg aq gila betol makanan2 gitu.. haha.. nyummmm...


nk dijadikan cerita, air susu aq xbrapa nk byk sgt.. irrdina kalo lpas, mmg buka volume paling kuat la.. haha.. hari ke-3 ni, nurse dtg mlawat, dia cek tgk ada kuning (jaundis).. n kena pegi klinik cek.. en.suami masih bercuti, g klinik dgn dia n mak mentua la.. kuning irrdina 171.. ntah hati ni rasa irrdina mmg lpar..xckup makan.. then en.suami kluar g cari susu.. ikutkn mmg aq nk full bf, tp apakan daya, hingga hari ni pun ssu masih sikit.. irrdina mmg kuat makan.. now irrrdina minum susu kambing karihome (harga RM 45.80, ikut tempat) n selang seli dgn ssu aq lah.. nk wat stok ssu pn xboley lg.. xckup.. boleh dpt 4oz jek.. mmg sikit kan.. alhmdllah, karihome ssuai dgn irrdina.. n till now msih mnum.. 

kali kedua g cek kuning di klinik kpala btas, alhmdllah, dah turun sikit.. 160 .. hari ktiga g klinik penaga, trus turun 141..n no need dtg smula dah utk cek.. syukur .. ada la sorg nurse ni ckp, kalo kuning, cuba bg ssu frmula.. sbb kdg2 hormon ibu n anak xssuai.. tu sbb kuning xnk turun2.. mcm2 petua aq dgr utk hilangkan kuning.. mandi air daun kucai (irrdina mandi), minum air sengkuang cina, minum air anggur merah kering (boleh cari d kdai herba cina), kenakan pd cahaya mtahari pagi (vit D), n mcm2 lah petua org dlu2.. aq cuma amalkan bg irrdina mandi air daun kucai (lepas rebus, ramas2 daun tu sblm bg mndi) n letak lendir daun lidah buaya (menyerap pnas smpai lendir tu jd kerinng mcm plasti) pd dahi irrdina .. alhmdllah, sminggu jek kuning then dh pulih.. 


pampers plak, aq bg irrdina pkai jenama petpet (harga RM 26.90, ikut tmpat).. alhmdllah, merah2 ruam lampin xda teruk sgt.. sbb pampers ni dia serap air kencing,, jd xbasah la bontot dia n slesa la jgk kan.. then one day tu, mrata kpala btas aq n mentua g cari pampers ni, tp smua dah abes n xda.. so tpaksa la bg pakai jnama lain .. tup2, merah kulit dia.. now dah btukar semla petpet, so alhmdllah ok.. try la.. xpa mhal sikit pn, berbaloi..

erm, ok lah, nnty aq share bnda lain plak.. nk baring2 jap, lengah dah aih pinggang eden dok lama2 ni.. hehe..

Tuesday, February 11, 2014

Ibu baru

.. Assalamualaikum sahabat ..

D1 & D2 : Buah hati ibu n abah

Alolo.. bambam lg time ni.. berat Zara Irrdina 3.34kg .. haha, amacam, berat x?.. hebat ciptaan Allah ni.. perot x sbesar mana pun, tp boleh muatkan seorang insan, uri, air ketuban.. MasyaAllah..

Malam tu saat pertama aq bergelar ibu.. rasa kekok pun ada.. ye la, slama ni tgk org jek ada anak, n uruskan anak, now aq rasakan sendiri.. rasa kekok nak nyusukan, kekok nk dukung, kekok nk peluk, kekok nak tidurkan..n macam2 lah.. semacam xpercaya..! now alhamdllah.. semuanya ok.. 

Ku akui, tergolong dalam 80% ibu2 baru
apa yg aq tunggu adlh nk kluar dr hospital cpat2.. alhmdllah, sbb xda msalah apa2, n Irrdina pn dah kncing berak, so hari kedua tu aq da boley kluar hospital.. sonok... aq berpantang selama 2minggu awal di rumah mentua..n selebihnya di rumah mak.. sempat bersama en.suami seminggu jek.. then jd weekend asben n wife n father mother la.. huhu.. sedihnya saat tu.. ye la.. masih belum kuat, tetiba nk kena berjauhan.. masih memerlukan, tp apakan daya... semoga 1 ari nnty scepat yg mungkin, aq dpt bertukar.. hrap terbuka haty org kementerian utk satukan pasangan yg hidup berjauhan.. seksa hoi..!!! 

masa bersalin, aq khilngan darah sbanyak 200u.. byk x?.. ntah la.. hehe.. masa di hospital, Irrdina dh pun diberi suntikan Vit K, Hep B n BCG .. baby lain nanges kena ccuk, dia wat dek jek.. haha.. kuat anak ibu ni... alhamdllah... terlalu byk suka duka yg dikongsi bersama spanjang 42w ..

"Semoga Zara Irrdina menjadi anak yg solehah, taat pd ibu abah, anak yg cerdik pandai, tabah, menenangkan hati semua org .. Ameeennn...~"

Sunday, February 9, 2014

kesakitan yang membahagiakan

.. Assalamualaikum sahabat ..

Mcm mana nak teran?.. mcm nk membuang najis yg sembelit.. uhhh... susah.. tarik nafas dalam2, then kebam mulut tu ha.. aq plak p kemam bibir.. xhingat dah sakit kea pa ke bibir tu.. huhu.. after bsalin,  baru la aq trasa sakit bibir ni.. mcm lebam2 dah.. haha.. Cuma wat mcm muka geram jek ha.. gagal la aq bab ni.. smpai 1 tahap, aq dah penat nak teran.. nurse siap suruh aq rasa kpala ank aq lg kt bawah tu.. masa pegang tu, mmg aq rasa bulat n brambut la..  nk teran, tp kontraksi xdtg.. so aq xdpt nk wat apa2 .. n time kontraksi dtg, aq cuba jgk sdaya upaya meneran.. pluppp!! Terasa smthing tkeluar.. rupanya kpala dah kuar..n aq diminta curi nafas untuk kuarkan bhagian bahu plak.. sdaya upaya keringat yg ada, aq teran sehabis tnaga.. alhmdllah, baby dah kuar.. aq dgr tangisannya.. gembiranya hati.. nk jek kuar dr LB tu g jmpa en.suami nk bgtaw aq dah bsalin.. bahagianya rasa..
Lpas diorg dah siap cuci darah sikit2 tu, diorg letakkan baby pd badan aq.. alhmdllah, dpt mrasa pelukan pertamanya.. seronok x tergambar bila dapat memeluk anak sendiri.. sejam jugak la sesi tu.. smentara tu,bermulalah sesi menjahit bahagian perineum aq yg terluka tu.. aq dpt rasa jgk la perineum aq di gunting @ toreh.. aq xsure..tp rasa mcm tgn kita terhiris pisau.. mcm tu rasanya.. masa nk dijahit,  terketar2 dah kaki tu.. aq xmampu nk dirikan kaki..n diorg gantungkan kaki aq.. xda daya dah aq smbil memegang baby.. aq tya, “xbius ka??” dlm nada takut2.. nurse ckp, dia nk bius la ni.. n dia pn membius.. masa dia jahit bahagian dalam, aq xrasa langsung..tp bila mai kulit luar, trasa sengal sikit2 lah.. ho3.. cuba bertahan.. mujur xlama.. cepat betul nurse tu wat keja.. even agak kasar..tp aq puas hati.. dia ada tya, nk dia jahit ke, nk doctor platih jahit, kalo doctor platih jahit, sejam, kalo sy jahit, kjap jek... cpat2 aq ckp nk dia jahit.. ye la.. aq taw dia byk pngalaman.. alhamdllah, bayiku disambut oleh bidan perempuan.. tercapai jugak hasrat aq.. kalo doctor laki yg sambut, ntah la.. huhu.... then dlm pkol 10pm lbih jgk la, baru aq ditolak masuk ke dalam wad.. melihat wajah2 gembira family terutama en.suami.. ciuman di dahi yg aq trima bserta ucapan trima kasih dr en.suami... semoga kasih syg kita bertambah erat dgn kehadiran Zara Irrdina.. inshaAllah..

Aq diminta berbaring sejam.. en.suami yg mnemani aq dlm waktu tu.. kak habibah pun ada.. bersama anaknya, baby boy .. dalam masa berbaring tu, aq trasa nk terkencing..tp pujuk hati hrp2 x kot.. ye la.. takot tersangat.. mcm mana nk kencing...??? tempat tu kan dah lalui perubahan fzikal yg maha dahsyat.. ho3.. aq tkot pedih jek masa nk kncing.. ye la, kalo tmpat tu terlecet atau terluka sikit pn, dah sakit kalo nk kencing,.. ni kan plak lpas bersalin.. after sejam, aq mmg xtertahan sgt2 dah.. cuba memberanikan diri ke bilik air yg ada dlm bilik tu jgk.. bngun2 jek dari katil, darah menitik2.. aduhhh...lg takot aq.. aq terus ke bilik air.. en.suami yg mencuci darah di lantai.. hakikatnya aq taw dia takot sgt dgn darah.. trima kasih abg.. masuk jek toilet, lpas buka jek pad, terus kencing bserta darah keluar punya byk mcm air paip..aq xdpt nk tahan dia keluar.. lama plak tu.. alhmdllah, xsakit pun.. oleh sbb baju aq penuh darah, aq minta en.suami tlg minta baju pd nurse.. aq tukar2 apa yg ptot baru rasa slesa.. dalam keadaan aq yg berjalan mmg kepit2 lah.. huhu..  mmg berhati2 betul.. ye la.. jahitan xnampak, kalo apa2 jadi susah.. selesai sj smua, en.suami beredar pulang ke rumah.. sebak jgk di dada.. nk jek dia sentiasa di sisi.. tp mmg xboleh kan.. bermalam berduaan bersama Zara Irrdina.. bahagia.. gembira walaupun sakit..  Alhamdullillah ...

Friday, February 7, 2014

Puteri Kehormatan/ Kebajikan/ Keberkatan kami ..~

.. Assalamualaikum sahabat ..

Bersalin?... bukan sesuatu yg mudah .. tp inilah pengalaman yg sukar utkku lupakan.. melahirkan puteri sulung kami, zara irrdina.. alhamdulliah… itulah ungkapan pertama keluar dari mulutku setelah melihat tubuh kecil keluar dari rahimku..

Menanti dan terus menanti.. selama 42minggu dalam rahimku, kini zara irrdina keluar melihat dunia.. ikutkan due sebenar aq 30/12/2013 .. tp dengan mendengar pengalaman org2 tersebelum, semua menyarankan agar aq melewatkan tarikh sdikit.. sbb biasanya anak sulung ni lambat nk kluar.. so, due aq dengan government 5/1/2014 .. bila tiba 30/12/2013, aq berharap zara irrdina sempat nk menunggu tahun baharu.. rupanya shingga 5/1/2014 pun zara irrdina xnak kuga kluar lagi.. tp aq rleks lagi.. berkata pd hati, nnty xlama lg kluar la ni.. aktif bukan kemain zara irrdina dalam perut ni.. huhu.. sonok sangat dok dalam perut ibunya.. so, aq dapat tempoh seminggu lg dari doctor.. 11/1/2014 .. kalo zara irrdina xkluar juga pd tarikh tu, aq ken admit wad di seberang jaya, penang.. fuhhh.. menanti hari demi hari.. hari2 ulang alik ke klinik utk memeriksa kadar denyutan jantung bayi.. hinggalah tibanya 11/12/2014, aq terpaksa akur juga dengan ketentuan..
11/1/2014 : selesai sj mandi, sarapan n berkemas, aq bersama suami pergi ke hospital… dalam pukul 10 kluar dari rumah.. ikut suka la nk pergi bila pun sbb xdinyatakan waktu.. tp aq tya nurse, dia suruh pergi pagi… pergi hospital dalam keadaan yg sihat wal’afiat.. kalo nk ajak aq g shopping pun boleh lagi… tp apakan daya.. terus ke labour room n bagi surat doctor.. 
suami ke wad 10 utk mendaftarkan aq.. dup dap dup dap jantung ni.. nurse suruh aq masuk labour room n bagi pakaian wad pd aq.. ni lah kali pertama dalam hidup aq memakai baju wad n kali pertama juga aq masuk hospital.. then lepas tukar baju, aq jumpa doctor.. overall semua yg ada di situ semuanya doctor pelatih.. lpas tu doctor ccuk jarum di tangan aq.. 
fuhhhh.. mmg takut la bila doctor ckp panjang ni (smbil menunjukkan panjang mana jarum tu nnti akn masuk) .. berderau juga la darah aq.. takut…..tiba2 ada doctor lain dtg pd aq, dia bertanya itu ini (menemu ramah) … then sambil berbual2, tgk2 dah siap jarum dimasukkan. Fuhhh… menarik nafas lega.. aq hanya mengikut sj apa yg diorg nk wat.. then aq diminta baring atas katil.. check ctg n bukaan pintu rahimku… perkara keluh kesah aq dgr bila doctor tu ckp, jalan masih x terbuka… cuba buat2 cool jek… lpas tu doctor pelatih tu refer aq pd doctor lbih snior.. dia buat scan pd aq n tgk bukaan rahimku lagi.. dia cuba korek2..n terbuka 1cm… katanya, esok kena masuk ubat (induce) .. ya Allah.. xtergambar aq waktu tu.. apa aq nk wat.. aq dgr org ckp sakit teramat bila masuk ubt ni.. Tawakal jek la kan..
 aq di tempatkan di bilik 3 bersama sorang lg partner … kak habibah namanya.. dia pn anak 1st  jgk .. org penaga.. suami sentiasa mnemani aq di sisi.. trima kasih abg ... itu jek aq mampu ungkapkan saat tu..

12/1/2014 : jam 5.30 pagi jam hpon aq berbunyi.. menandakan aq kena siap2 mandi dah.. sbb kol 6 kena ready utk masuk ubt … jauh terdetik dlm ati, biar la ada sinar sikit.. moga2 bukaan rahim ku dah terbuka.. tp mnghmpakan.. mcm x berbaloi jek g jejalan dalam wad smalaman.. x terbuka pn.. tetap 1cm .. huhu… time tu, kami betiga kena induce.. aq, kak habibah n sorg india .. bila nurse pnggil masuk bilik utk masuk ubt, xda sapa pn yg nk masuk.. saling memandang antara 1 sama lain.. haha.. klakar plak aq..n aq pn cuba la beranikan diri yg xbrapa nak brani ni.. haha … masuk melangkah ke bilik tersebut dgn berlagak xtakot.. puiiiii..!! serius, mmg seriau sesangat la bila doc selup2 tu.. urghhhh….!! Nk xnk, kena rela la.. aq disuruh menarik nafas bila nk di selup… mmg takot.!! Huhu… masuk ubt biji.. warna putih. Ala2 panadol xtive fast.. haha … tup..!! dah pun siap .. dlm hati ni, bersediala utk sakit… huhu.. tp kak ipar aq cakap, sakitnya mcm sakit senggugut yg teruk tu.. kalo sakit senggugut yg teruk tu, aq rela alami.. sbb aq dlu2 kalo snggugut mmg tahap paling x tertahan la… haha … siap guling2, iron prot lg..siap masuk dlm almari lg .. haha … tp alhmdllah, lama kelamaan snggugut tu makin berkurang .. dlm kol 7 tu masuk ubt n 12.40pm nnty doc akn check semula bukaan .. perot mmg sntiasa lapar.. haha .. tpon en.suami utk belikan mkanan.. sbb makan pg smemangnya wajib bg perot aq.. en.suami pn dtg hantarkan makanan.. trima kasih abg.. J mmg sakit tu mcm senggugut la.. tp rasanya senggugut sakit lg … dlm hati ni terlalu berharap, spaya masuk ubt sbijik jek.. aq pn round2 la dlm wad tu berkenalan dgn ibu2 dlm tu.. huhu.. waktu mlawat kol 12.30-7 hari sbtu ahad … mujur la.. mcm biasa la.. bila dah masuk ubt, kena wat CTG .. dduk la dlm bilik CTG tu keseorangan n amat membosankan.. nk jek aq cdangkan agr dlm blik CTG tu adakan TV.. ho3.. demand plak kan.. jam 12.40pm smakin menghampiri.. aq dipanggil utk pmeriksaan.. nebes sesangat dlm aty ni.. tup2, doc bgtaw bukaan 2cm… ya Allah… sedihnya aq dgr .. mmg kena la masuk ubt kedua.. dgn relanya aq biarkan rahimku dimasukkan lg sbiji ubt.. wlaupun hakikatnya aq nk jek jerit, aq xmau.. dgn memberanikan diri, ubt pn dh dimasukkan.. n aq masuk ke bilik smula sbb lpas masuk ubt kena berbaring selama sejam utk elakkan ubt tu jatuh keluar.. then after sejam, aq kena ke bilik CTG semula.. lpas abes CTG, mentua dtg.. alhmdllah, spnjang wktu mlawat, aq sntiasa ditemani.. terutama en.suami.. trima kasih abg …dlm tmpoh sejam tu, mmg aq trasa dh sikit gelodakan perot aq.. n lpas sejam tu, aq dipanggil ke bilik CTG .. adoi… masa CTG mmg teramat sakit dh perot aq ni..bertahan n terus bertahan.. cuba utk x mlayani sakit ni.. tp xboleh.. akhirnya aq tewas jgk dgn kesakitan tu.. teramat sakit.. bukan sakit senggugut dah.. tp xterkata dah aq.. hanya Allah sj mengetahui kesakitan yg aq alami tu.. mmg teramat sakit.. terlalu sakit ya Allah .. fmily aq dtg.. mmg aq kalah nk sembunyikan ksakitan tu.. aq xmampu nk tahan air mata dr mngalir… mmg aq meraung2 kesakitan.. kak habibah lpas masuk ubt ptama, dia dh terbuka 4cm.. so ditolak ke LB ..

 dlm blik tu, hya penuh dgn fmily aq..  meronta2 aq kesakitan.. mak mandikan aq.. dia pn nanges sama.. terketar2 bdn aq kesakitan masa mandi tu.. aq xmampu dh basahkan bdn aq lg dah.. mak jek jiruskan air ke bdn aq..lama jgk aq dimandikan.. n aq xlarat nk berdiri lg dah.. hya mampu berbaring.. terpandang en.suami.. aq taw, dia amat risau.. nk jek aq pelok dia.. tp xmmpu nk berbuat demikian.. abg2 aq, kak ipar n anak2 saudara smuanya bermuka cemas mlihat keadaan aq time tu.. kontraksi tu dtg kjap2.. xsmpai sminit, sakit yg amat dtg.. huhu.. dlm masa kontraksi tu xdtg, aq hya mampu mnarik nfas lega n hrap sgt2 sakit tu xkan dtg..tp apakan daya, kena lalui jgk .. bila aq ingt smula skrg, aq lupa yg aq sdang membawa prot aq yg besar saat tu.. hya ksakitan yg aq rasa.. huhu.. pkol 3lbih, aq xtahan sgt.. n doc check, masih 2cm.. ya Allah, sakit mcm mana ni.. bukaan masih x berubah.. aq terpaksa tahan sakit tu..risau kalau2 jam 7 masih x terbuka aq kena masuk ubt lg .. jam 5 lbih, aq mmg mraung2 sakit… mmg nk doc check..huhu.. after doc check, aq dgr2 dah terbuka 4cm.. mnarik nfas lega..n diorg nk pindahkan aq masuk LB.. tp time tu aq diberi masa 30minit utk makan @ wat apa jay g ptot.. abg2 aq tkotkan aq, kalo xmkn, nnty hlang tnaga lg susah.. aq gagahkn jgk diri aq makan nasi berselang wktu kontraksi smbil disuapkan kak ipar aq yg slung .. aq x boleh dtkotkan.. huhu.. lgpun aq mmg lpar pn..n risau kalo time mneran xda tnaga.. peritnya saat tu aq lalui.. then nurse dtg mmbwa krusi roda utk di bawa ke LB..aq mmg xkeruan dh msa tu.. smua fmily n mentua aq follow.. smpai jek dpan LB, brsalaman pa smua n masuk.. masa masuk tu, aq terpndang kak habibah tgh nyusukan bayi dia .. lega dah prasaan dia time tu.. aq ditolak masuk ke ruangan paling dalam.. mmg xpndang mana2 psakit la.. mraung2 aq dlm tu.. haha.. diorg check bukaan baru 5cm .. aq rasa mcm xmmpu dah..diorg psangkan CTG dkat aq..aq hya mnanges smbil mronta2 minta ubt tahan sakit (epidural) wlaupun aq taw kesannya.. tp doc xdpt nk bg lg sbb masa tu baby aq xaktif bdasarkn bcaan CTG.. so kena tahan sakit yg amat sgt tu..  nurse yg amik kursus kebidanan tu la mangsa aq mraung n lpaskan ksakitan aq ni… dia byk mnenangkan aq.. jururawat terlatih yg mnguruskan aq time tu ckp, aq pnya pntu rahim dah nipis.. tp bukaan masih 5cm.. inshaAllah, nnty buka.. sbb ada yg bukaan rahim dah besar sikit, tp servik dia masih tebal… mnanti saat yg myakitkn itu, diorg masukkan air mlalui tgn aq sbb dehidrasi.. aq masih mraung2 sakit..nurse dtg bg gas pelali pd aq utk ditutupkan hidung.. aq sedut kjap2 jek.. then trus buang.. huhu.. mjur xlali.. bila nurse check, dia kata bukaan dah 9cm.. n dia ejas2 aq dh boleh teran.. sblm tu, nurse tu buang najis2 aq.. aq ni jenis sembelit… 3ari xberak.. haha.. ntah la.. malu kot.. haha.. then air ktuban aq dipecahkan.. sambung smula, aq diminta teran.. sriusly aq xtaw nk mneran. Haha.. smbil diperhatikan oleh doktor2 pelatih.. ramai jgk la keliling aq.. hilang dh rasa malu aq.. huhu,,akhirnya 7.21pm, 3minit lg nk azan maghrib tanggal 10 Rabiuawal, aq Berjaya melahirkan seorang puteri yg diberi nama Zara Irrdina…syukur alhamdllah …


Lpas Zara keluar??..Jahitan??.. nnty aq smbung entry sterusnya ya..! Zara dah jaga ..


 kalo org tya, sakit mcm mana bila dh induce tu.. aq xmampu nk katakan.. 

Monday, October 7, 2013

Rupanya dia my Mr. Right

.. Assalamualaikum sahabat ..

jodoh Allah .. semuanya rahsia Nya kan.. kita x ketahui, kita kenali, kita x sangka.. kadang di depan mata kita pn x sedari .. itulah rahsia Nya.. Rahsia yg tersimpan rapi hingga tiba waktu nya utk kita lalui .. kadang, bercinta bagai nak rak buku pun, bercinta bertahun2 pun, belum tentu dia lah dicptakan utk kita.. dan belum tentu kita dapat melayafi bahtera bersamanya.. cuma itu lah ujian bg seorang hamba Nya .. 


Melawat Pusat Sains Negeri Kedah .. Projek internship diorg.. "Weh, minta tolong tangkap gambar kami boley dak.. yg lain2 mana ntah.." huhu ..

Snap gambar curi2.. sbb tgk yg lain2 xda dah area situ.. ada Irrwan ja.. Xtaw la smpai skrg dia sedar ke x aq amik pic ni.. hehe .. Pic x rotate.. hentam jek la yea..

Sempat lg posing tu nk naik ke tingkat atas. mujur la ada org tlong ambil gambar.. kalo tidak, xbergambar la aq.. ho2..

Kusyuk betoi.. ni farrah yg tngkap guna hpon aq..

Haha.. mcm2 style..! tp mmg kreatif mereka2 ni..

Bersama partner, Zul ..

Belajar sama tempat.. mungkin pernah berselisih laluan.. mungkin jgk pernah terpandang tanpa ada memori dlm ingatan, mungkin jugk pernah bercakap sepatah dua, mungkin jgk pernah dduk dalam 1 bilik kuliah bersama, dan yg pasti pernah hadiri perhimpunan bersama2.. namun x pernah sedar semua tu.. hinggalah tiba masanya utk kami berjalan lebih jauh .. Alhamdullillah.. perjalanan serta aturan Allah tetapkan amat indah .. 

Walau sejauh mana masa kita lalui, namun ujian Allah tetap xdapat kita nak lari.. hidup berjauhan dr suami tercinta... sedih.. tp ni lah hakikat yg perlu ditempuhi.. tanggungjawab pada negara, bangsa perlu ditunaikan sehabis baik.. sorang di Sg. Siput, Perak, sorang lg di Setapak, KL .. hujung minggu ja dpat berjumpa.. tu pun kalo xda apa2 program di sekolah.. tp terima semuanya dgn alhamdullillah .. mungkin ada manisnya kelak.. Janji Allah itu pasti ..