Showing posts with label Aku bukanlah penulis puisi. Show all posts
Showing posts with label Aku bukanlah penulis puisi. Show all posts

Monday, March 31, 2014

Ibu rindukan anak ibu


Buat anak ibu... maafkan ibu.. terpaksa meninggalkan anak ibu buat sementara.. ketauhilah, ibu amat merindui juga menyayangimu.. setiap masa tak pernah sesaat ibu lupakanmu nak.. hebatnya cinta yang Allah berikan pada ibu untukmu nak.. ibu sedih mengenangkan nasib ibu juga abah mu.. ketauhilah, ibu dan abahmu juga berjauhan seperti ibu berjauhan darimu.. tuntutan kerja memisahkan kita bertiga nak.. sukar bagi ibu menghentikan tangisan ibu tiap kali menatap potretmu.. sukar bagi ibu memujuk hati ibu untuk terus sabar menunggu hujung minggu.. ibu terlalu merinduimu.. merindui galak tawamu.. merindui tangisanmu.. merindui gelagat kecil mu.. merindui segalanya tentangmu.. ingin sahaja ibu pejamkan mata dan meminta esoknya bertemu denganmu.. ibu sakit.. sakit apabila mengenangkanmu.. ini kali pertama kita berjauhan.. ibu tak kuat.. ibu cuba kuat.. ibu hanya berpura-pura kuat nak.. ibu xsekuat tu.. ibu terlalu lemah memikirkan mu di sana.. ingatlah nak.. ini ibumu yang selalu merinduimu.. ingin saja ibu bawa pulang.. tapi maafkan ibu.. keadaan ibu di sini pun xmenentu buat masa ini.. ingin saja ibu membawa anak ibu bersama hujung minggu ni.. tp ibu inginkan yg terbaik buat anak ibu.. sabar ya nak.. nanti bila keadaan dah kembali sperti sediakala, ibu akan menjemputmu.. harap anak ibu xjemu menunggu ibu.. ibu bahagia bila mendengar anak ibu ketawa.. walaupun hati ibu terseksa.. jaga dirimu baik2 ya nak.. jangan pernah lupakan ibu, sentuhan ibu, gelak tawa ibu, gurau senda ibu,pelukan ibu.. juga air susu yg ibu berikan padamu.. tunggu ibu dan abah pulang hujung minggu ni ya anak ibu.. ibu dan abah tak sabar bertemu dengan mu.. terima kasih Allah, kerana memberikan kami perasaan rindu itu.. namun, satukanlah kami ya Allah.. seperti keluarga lain.. (tak sabar nak isi eg tukar/ moga ada sinar juga rezeki buat kita bertiga) ..Amenn...

Thursday, March 13, 2014

Hadiah buat suamiku..

Assalamualikum suamiku..

Ini isterimu..
Yg jauh darimu saat ini..
yg setia menantimu setiap hujung minggu kembali..
Menjaga apa yg kau amanatkan padaku..
Cinta, kasih sayang, kesetiaan, kesihatan..
Kini hadirnya cinta hati kita yg baru..
akan ku jaga buatmu... slagi ada dayaku..
Dlm mnanti kpulanganmu dihujung minggu..

isterimu ini terlalu merinduimu..
sepi dalam duka menanti khadiranmu..
syukur alhamdullillah dariku..
dikurniakan cahaya mata sbgai pnghibur hatiku..

Trima  kasih suamiku..
serendah hati ucapan buatmu..
krana menjadi suami yg tbaik buatku..
krana menjadi abah tbaik buat cinta hatiku..
Inilah anugerah terindah buatku..

kesanggupanmu berulang alik stiap minggu..
dr perak ke pinang tanpa jemu..
kesanggupan pula meneruskan pjalananmu..
 berulang alik dr perak ke KL menahan penat lelah dirimu..
ptg jumaat mnaiki bas ke Pudu..
meneruskan pjalanan menaiki LRT utk smpai ke wangsamaju..

Trima kasih suamiku..
menghantarku pulang dr pinang ke KL ..
dan mlmnya dirimu pulang ke Perak..
Segala letihmu digilap dengan senyuman..
tuntutan kerja memisahkan kita..
Allah.. satukan kami...

Trima kasih suamiku..
Menerima apa ada ku..
Memahami diriku..
mlayan krenahku smasa membawa cahaya cintamu....
mmenuhi pmintaanku, itu ini..
mnjadi tmpatku mngalirkan airmta..

buat slamanya syg harap abg tidak akn pernah mngeluh dengan semua ini..

Nah hadiah buatmu sempena ulang thun pkahwinan kita..
16 Mac 2013-2014
tiada perkara paling bermakna selain menghadiahkan mu sebuah kebahagiaan..
semoga ikatan ini kekal abadi hingga ke akhir hayat..
Ameen...





Tuesday, May 15, 2012

selamat hari ibu

.. Assalamualaikum sahabat ..


selamat hari ibu buat semua ibu2 di dunia .. 

Sunday, May 6, 2012

kecil sekeping hati

.. Assalamualaikum sahabat ..

terima kasih sahabat...kerana melontarkan jelingan mata tanpa sekuntum senyuman seperti biasanya... bukanku mengharapkan ucapan terima kasih...tp ckuplah skadar menghargai persahabatan yang telah kita bina.. aq rindukan saat2 dahulu.. semuanya ceria..penuh warna warni.. namun kini................semakin banyak kepingan puzzle yang sukar aq bentukkan apa yg tersirat di dalamnya... aq sentiasa mendoakan kesejahteraan dirimu juga rakan2ku yang lain.. pelbagai suka, duka, rintangan, halangan kita telah lalui bersama... namun....kini segalanya berubah,... aq takut untuk bersenda gurau...aq takut untuk berseloka...segalanya..... aq hanya insan kita.. slagi kudratku kuat untukmu sahabat, akan aku perjuangkan.. tika ini, aq perlukan sokongan insan bernama sahabat.......saat ini, ujian Allah rasanya getir sekali...aq bukan seorang yg mempunyai kelebihan daripadaNya...aq hanya manusia biasa...aq hanya mampu berserah dalam sujudku.. hanya linangan airmata pengubat kesedihan ku......ku harapkan sisa2 terakhir yang kita peroleh ini, jgn dipersiakan bgitu sahaja......

Saturday, January 14, 2012

teruskan melangkah

aq belajar dari sebuah pengalaman..
benarlah kata pepatah..
bukan mudah utk mudah..
bukan susah utk susah..
hidup,realiti, fantasi..
menjadi taruhan bg jiwa yg sntiasa diuji..

andai tersungkur, munasabahlah...
bukan bermakna hidup mesti ditamatkan serta merta..
selagi kaki masih memijak bumi
slagi mata mendongak ke langit
selagi nafas tidak berhenti
bangunlah...pandanglah...
teruskan melangkah..
bukan utk jatuh tersungkur lagi..
tp utk mencari langkah yg hakiki..

to be continue.... :)

Sunday, September 11, 2011

layan puisi jap ..



Boring2..smbil2 tgk puisi2 indah....aq tertarik dgn 1 puisi nieyh... best jgk..! layan jiwang sat la petang2 yg dingin ni.. xsalahkan, kerana matahari telah memberikan ruang kedinginan buat para pencinta kedamaian utk mlakar ilham agong mereka.. (silentttttt~~~ tettttt) huhu ... ni puisinya ... (^_^)v -http://www.puisi.org/2008/09/03/kepercayaan/



Sesaat ku rasakan kebahagian yang dulu tidak pernah aku dapatkan
Perkataan indah yang terucap dari bibir mereka telah meringankan bebanku dan membuatku berharap lebih terhadap hari indah ku
Sejuta sayang telah ku curahkan kepada mereka
Fikiranku yang semula buruk terhadap mereka telah ku gantikan dengan kasih yang tulus
Perkataan indah mereka telah membuatku terhanyut dalam kebahagiaan yang selama ini ku cari dalam hidupku yang gelap
Telah ku anggap mereka bagian hidupku di saat itu
Sampai semuanya berubah
Bukan suatu hal itu yang membuatku berfikir terbalik
Bukan karena itu yang membuat hancur hatiku
Tidak pernah terfikir olehku mereka akan melakukan hal tersebut kepadaku
Pertama kalinya dalam hidupku aku merasa sangat terseksa
Tanpa tersedar curahan air mata telah membanjiri wajahku
Batinku terobek-robek mengingat semua yang dulu pernah mereka katakan padaku
Aku tidak punya hak untuk marah terhadap mereka..itu kebebasan mereka untuk menyakiti hati setiap orang..
Aku hanya ingin tau alasan mereka melakukan hal tersebut terhadapku
Seburuk itu kah aku Tuhan…….
Aku tau semua itu kesalahan diriku, mungkin kesalahan ku terlalu besar kepada mereka Tuhan, tapi mengapa, mengapa mereka tidak memberi aku kesempatan untuk memperbaikinya…
Tanpa aku ketahui apa kesalahanku, mereka telah mengkhianati aku…..
Mampukah aku Tuhan,,, mampukah aku menyayangi orang lain seperti aku dulu menyayangi mereka….

Saturday, April 30, 2011

cintaku senyumanku ~

Cinta….
Napa kita bercinta?..
Awak cintakan saya?..
Napa awak cintakan saya?..
Bila awak cintakan saya?..
Saya cintakan awak?..
Bila saya mula cintakan awak?..

Cinta…
Xda ungkapan..
Xperlu diperhebohkan…
Cinta bukannya jual beli..
Cinta juga bukannya menangisi..

Cinta itu keagungan…
Cinta itu kegembiraan..
Cinta itu nilai peribadi..
Cinta itu senda dan tawa..
Cinta itu permasalahan antara dua hati..

Pengorbanan?
Cinta dan pengorbanan?..
Mengapa perlu ada pengorbanan?..
Cinta dan air mata?..
Mengapa perlunya air mata?.
Cinta dan kehilangan?..
Mengapa perlunya kehilangan?..
Cinta dan kesepian?..
Mengapa perlunya kesepian?..

Bukan semua cinta ada pengorbanan..
Bukan semua cinta ada air mata..
Bukan semua cinta ada kehilangan..
Bukan semua cinta ada kesepian..

Aku?..
Cintaku penuh pengertian..
Pengertian yang aku sendiri xmampu tafsirkan..
Cintaku penuh air mata..
Cintaku juga turut merasa kehilangan..
Cintaku dalam kesepian..
Tapi cintaku kehilangan pengorbanan..

Andai cintaku benar-benar menjadi permasalahan dua hati..
Napa mesti aku tempuhi…
Napa mesti aku tangani..
Napa mesti aku harungi…

Kerana cintaku penuh kesetiaan..
Kerana cintaku bukannya mainan..
Juga kerana cintaku bukan untuk diperdagangkan..

Aku sedar…
Tapi aku hanya pejamkan mata..
Aku pekakkan telinga..
Aku biarkan segala-galanya…
Kerana aku sedar….

Hingga saat ini, cintaku senyumanku..

Friday, April 29, 2011

harga sebuah persahabatan ..

sahabat..
kita berjumpa kerana takdir..
kita berkawan kerana sayang..
kita bersama kerana hati..
kita berpisah kerana cita-cita..
kita kekal kerana kuatnya ukhwah..
kita bergaduh kerana harga 1 ikatan..
tapi......
yang paling penting semuanya kerana Allah...
bukan mudah untuk kita berkawan..
bukan mudah untuk kekalkan..
bukan mudah untuk teruskan..
bukan mudah sehingga sekarang..
semuanya kerana Allah..
tanpa DIA...
xkan terjadi persahabatan ni ... (^_^)


Kawan yang sebenar, sukar dicari…memang betul…Kawan yang memahami kita, yang tahu apa kehendak hati kita, memang sukar dicari…Lagi2 kawan yang ikhlas…Dengan erti kata lain, sahabat sejati…Sukarnya Ya Allah…aq selalu berdoa agar aq dikurniakan sahabat yang ikhlas…Cukuplah mendamaikan hatiku semasa aq keresahan, semasa aq bermasalah…semasa aq kesedihan…Cukuplah sekadar menemani perjuanganku…cukuplah sekadar berada di sisiku, menemaniku…aq tidak memerlukan kemewahan dunia mahupun apa-apa…Cukuplah sekadar menemaniku…Tidak perlu bersuara…Tidak perlu bertelingkah…Cukup sekadar berdiri disisiku…aq sudah cukup berpuas hati…Lagi lama kita hidup kat dunia ni, lagi bermacam2 ragam insan yang kita jumpa…Ada yang berkawan disebabkan harta dan ada yang berkawan disebabkan pangkat…Susahnya mencari teman sejati Ya Allah…Lagi banyak pengalaman kita mengenal manusia, lagi susah untuk kita menjalinkan hubungan persahabatan…Takut ditipu…Takut dimain2kan…Takut dipergunakan…Sampai bila harus takut….Sampai bila...


aq harap, aq juga mampu jadi sahabat baik sepertimu ...

Tuesday, December 28, 2010

10 Reason To Smile :)


  1. It makes you look more attractive.
  2. It changes your mood.
  3. It is contagious.
  4. It relieves stress.
  5. I boosts your immune system
  6. It lowers your blood pressure
  7. It releases endorphins, natural pain killers and serotonin - natural antidepressant
  8. It lifts the face and makes you look younger.
  9. It makes you seem succesful.
  10. It helps you stay positive.

See. It's worth smiling and that's why I LOVE SMILING. And also laughing. Heeee :) Tak perlu lah nak ketat-ketat kan muka tu. Bukan nya susah pun nak senyum , kan. Easy beasy je. Hehehe :D So guys and girls , keep your smile on your face but most important thing , jangan overacted. Senyum biar kena pada tempat dan masa. Hahaha. Kenapa ? Sebab , kalau senyum tak tentu pasal , people might think you're CRAZY. Yeaaahhh. Hahaha. Okies. Smile ;) 

Tuesday, November 23, 2010

Kerana aQ Wani-ta

kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi




DAN..

kerana aku wanita aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu jangan kau burukkan darjatmu pada mataku takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu
hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya.........

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.

Friday, October 29, 2010

puisi suatu masa itu...

semalam...
kita sama2 ketawa...
kita sama2 gembira...

tapi...
semua tu hanyalah semalam....
bukan hari ni...
mungkin juga bukan esok....

tapi....
hari ni...
kita jauh terpisah...
jauh dari kenangan semalam..

kita pun xduga...
kita akan lalui semua ni...
kita pun xduga...
kita akan ketawa seperti smalam...
dan kita pun xduga...
kita akan berpisah seperti hari ini...

semuanya kita x jangka...
semuanya kita xdapat nak agak...

kenangan hanya tinggal kenangan...
impian hanya tinggal sebuah impian...

mungkin hari esok....
kita dah bawa haluan hidup masing2...
apapun...
untuk seorang insan yang pernah bertandang dihati...
terima kasih...
kasihmu ucapkan.....
kerana kau telah memberi kebahagiaan semalam...
wlaupun hari ini kebahagiaan itu dah hilang..
terima kasih untuk semua kenangan terindah itu...

hanya kerna dia lelaki..

Jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..

jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..

jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..

jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..

jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..

jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..

jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..

wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana Tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..

wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan Tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan Tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keikhlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah Tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji Tuhan.
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan..


(redhaNya ku jejaki.....ya Allah, bantu hambaMu ni dlm menjalani erti kehidupan ni jua kuatkan semangatku ini menempuh semua cinta yg fana ini.........................)