Monday, December 27, 2010

ubat kecewa..~

Jom, aQ nk share2 cmna nk atasi masalah ngara yg bsar dlam hdop kter…n jgk nk mengelakkan kita daripada terus mengalami trauma kecewa tertonggeng-monggeng n sukar menerima hakikat diri…haha, ni aq copy paste balik dr blog aq yg lama..da lama xaktif blog tu ..
  1. Dalam keadaan yang amat kecewa itu. Kuatkan semangat u all. Pergi ke tempat yang ada ramai orang. Bagi setiap orang yang ada temui, tanya kan mereka. “Sudahkah anda menjelaskan cukai pendapatan anda?”
  2. Beli makanan banyak banyak (sebaiknya makanan basah yang tidak tahan lama) jangan letakkan dalam fridge. Dari sehari ke sehari, perhatikan perubahan yang terdapat pada makanan tersebut. Rekod dalam buku nota u all sebarang perubahan yang berlaku seperti pergerakan ulat, kulat, spora dan sebagainya.
  3. Jika kita rindukan detik detik waktu bergayut di telefon, dan kita terasa begitu sukar untuk melupakan tabiat lama kita itu. Cepat cepat angkat telefon, dail sebarang nombor 103 Telekom Malaysia. Petugas petugas Telekom Malaysia bersedia melayan sebarang pertanyaan u all. Sekiranya u all kna marah. Bagitahu mereka yang u all baru di kecewakan dan memerlukan seorang untuk u all luahkan perasaan u all.
  4. Sekiranya u all terasa terlalu rindu sehingga tidak dapat melelapkan mata. Bangun !!!! Berdiri dan buat senaman ringan sebanyak 8 kali setiap sesi. Kemudian pergi ke dapur, alih semua almari dan peralatan yang hampir dengan dinding. Perhatikan sebarang pergerakkan lipas dan semut. Ekori mereka. Mereka mungkin, perompak yang di kehendaki oleh polis. U all telah membantu menangkap penjenayah !!!
  5. U all rindu mendapat email dari si dia? Bukak account email baru yang dekat dekat namanya macam email kekasih u all, dan compose email berbentuk cinta dan rindu. Hantarkan kepada email u all yang selalu u all gunakan untuk berhubung dengan dia. Taraaaaa!!! Checklah email u all yang asal itu. u all pasti gembira mendapat email yang seolah olah dari dia.
  6. Marah pada dia? Itu adalah normal ! Ambik bantal peluk u all. Pakaikan bantal peluku all seperti u all ingin kekasih u all bergaya. Letakkan di hujung katil. Apabila u all telah bersedia, hamburkan segala yang terbuku di hati u all. Luahkan segala galanya. Tapi awas, jangan sampai ada berlaku penderaan pada bantal kekabu u all. Sebarang luka luka dan lebam tidak di benarkan. Selepas u all rasa puas memarahi bantal tersebut. Bukakan pakaian dia, dan check sama ada berlaku sebarang pendarahan ataupun tekanan emosi pada bantal tersebut. Sekiranya tidak ada, peluk lah bantal tersebut dan tidur seperti biasa. Ulangi langkah tersebut sekiranya anda tidak berpuas hati dengan mainan dalaman u all.
  7. Bukak tv dan tontonilah cerita cerita aksi. Bayangkan kekasih u all itu adalah orang jahat dan u all hero dalam filem tersebut. Setiap kali ada adegan tembak menembak, pastikan u all melakukan aksi yang sama di depan tv. Semestinya u all akan berasa satu kepuasan apabila cerita tersebut tamat dan penjahat itu mati di tangan u all.
  8. Jangan dengar lagu lagu yang boleh mengingatkan u all kepada si dia. u all masih di benarkan mendekati radio, tetapi putarkan lagu lagu yang a u all benci seperti keroncong, lagu lagu melayu deli dan juga irama asli. Bayangkan u all sedang menyanyikan lagu tersebut di telinga si dia, dan pastinya si dia akan menyampah apabila mendengarnya. Serikan nyanyian u all dengan aksi aksi dan memek muka yang menjelekkan menandakan u all begitu marah dengan sikap si dia yang mengecewakan anda.
  9. Tanam segala harta benda pemberian si dia. Kalau boleh poskan kesemuanya ke alamat rumah nenek u all untuk di simpan di sana. Berilah kebenaran untuk nenek u all menggunakan apa yang dia rasa perlu. Contohnya teddy bear, biarkan nenek u all tidur dengan teddy bear tersebut. u all pasti merasa satu melihat nenek u all gembira tidur berteman dan u all akan dapat melupakan si dia dengan pantas.
  10. Untuk jalan mudah menenangkan hati dan fikiran u all ketika anda di kecewakan oleh pasangan u all? Lakukan semua perkara yang u all lakukan dalam keadaan terbalik. u all berjalan terbalik. u all menekan pedal minyak kereta dengan kaki kiri. u all tidur berbaring. u all menyapu dalam keadaan terlentang dan sebagainya. Variasi kan pergerakkan u all. Ingat, setiap aksi yang u all lakukan memerlukan u all untuk belajar gaya baru. u all pasti seronok dengan perkara baru yang u all lakukan ini. Dan dengan mudah u all akan dapat melupakan si dia dalam sekelip mata sahaja.
Selamat mencuba !Perkara Yang Perlu Kita Buat Apabila Kita Kecewa ~ Just For Fun! Resam manusia tidak lari dari perasaan kecewa. Adakalanya begitu sukar untuk kita menerima kekecewaan itu sehingga kita terfikir untuk melakukan perkara perkara yang mungkin kita terfikir sewaktu kita di dalam keadaan normal. huhu….aQ pn adew jgk la wat bnda ***** nieyh… sonok taw…. X caya?? Cuba laa…..

No comments:

Post a Comment

Jangan baca jek..
meh tinggalkan komen..