.. Assalamualaikum sahabat ..
Ya Allah,peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang
menyelirat jauh di hati yang tersirat..
Di jalan Allah,Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua
milikmu, Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang
mengetahui segala rahsia, Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA
jua telah menetapkan ukhwah itu, Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih
sayang, Semuanya kerana Allah, Sungguh, Bukan kerana selain daripada-Nya..
Sahabat… Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari
ketinggian akhlak..perselisihan kita merupakan akibat dari rendahnya akhlak.
Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, saling sayang, dan saling
memberikan manfaat. Kerana itu, cinta melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah
digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan
Utsman, yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang diantara mereka
merupakan gambaran janin ukhuwah yang dikandung dalam perut iman, dan terlahir
dari ibu yang bernama iman.
Sahabat… Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah
adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam agama kita. Siapapun yang
berupaya mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha
indah. Rasulullah Saw bersabda, “Barangsiapa bersaudara dengan seseorang kerana
Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat di syurga, yang tidak didapatnya
dengan sesuatu amalan lainnya”.
No comments:
Post a Comment
Jangan baca jek..
meh tinggalkan komen..