Monday, March 31, 2014

Ibu rindukan anak ibu


Buat anak ibu... maafkan ibu.. terpaksa meninggalkan anak ibu buat sementara.. ketauhilah, ibu amat merindui juga menyayangimu.. setiap masa tak pernah sesaat ibu lupakanmu nak.. hebatnya cinta yang Allah berikan pada ibu untukmu nak.. ibu sedih mengenangkan nasib ibu juga abah mu.. ketauhilah, ibu dan abahmu juga berjauhan seperti ibu berjauhan darimu.. tuntutan kerja memisahkan kita bertiga nak.. sukar bagi ibu menghentikan tangisan ibu tiap kali menatap potretmu.. sukar bagi ibu memujuk hati ibu untuk terus sabar menunggu hujung minggu.. ibu terlalu merinduimu.. merindui galak tawamu.. merindui tangisanmu.. merindui gelagat kecil mu.. merindui segalanya tentangmu.. ingin sahaja ibu pejamkan mata dan meminta esoknya bertemu denganmu.. ibu sakit.. sakit apabila mengenangkanmu.. ini kali pertama kita berjauhan.. ibu tak kuat.. ibu cuba kuat.. ibu hanya berpura-pura kuat nak.. ibu xsekuat tu.. ibu terlalu lemah memikirkan mu di sana.. ingatlah nak.. ini ibumu yang selalu merinduimu.. ingin saja ibu bawa pulang.. tapi maafkan ibu.. keadaan ibu di sini pun xmenentu buat masa ini.. ingin saja ibu membawa anak ibu bersama hujung minggu ni.. tp ibu inginkan yg terbaik buat anak ibu.. sabar ya nak.. nanti bila keadaan dah kembali sperti sediakala, ibu akan menjemputmu.. harap anak ibu xjemu menunggu ibu.. ibu bahagia bila mendengar anak ibu ketawa.. walaupun hati ibu terseksa.. jaga dirimu baik2 ya nak.. jangan pernah lupakan ibu, sentuhan ibu, gelak tawa ibu, gurau senda ibu,pelukan ibu.. juga air susu yg ibu berikan padamu.. tunggu ibu dan abah pulang hujung minggu ni ya anak ibu.. ibu dan abah tak sabar bertemu dengan mu.. terima kasih Allah, kerana memberikan kami perasaan rindu itu.. namun, satukanlah kami ya Allah.. seperti keluarga lain.. (tak sabar nak isi eg tukar/ moga ada sinar juga rezeki buat kita bertiga) ..Amenn...

No comments:

Post a Comment

Jangan baca jek..
meh tinggalkan komen..