1. Bersihkan
wajah 2-3 kali sehari dengan sejenis buih pembersih bebas minyak. Jika
melakukan scrubbing, lakukanlah
dengan lembut. Menekan dan menggosok-gosok dengan kuat akan berisiko membuat
kulit wajah menjadi kemerahan.
2. Hindari
jenis pembersih muka yang membuat kulit menjadi sangat kering. Keadaan ini
hanya menjadikan kulit lebih banyak minyak.
3. Jangan
menggunakan produk pembersih muka hanya atas rekomen seseorang walaupun
daripada jurujual sekalipun kerana anda yang tahun jenis kulit anda. Jangan
tinggal produk jika anda berjumpa dengan produk yang bersesuaian dengan kulit
anda.
4. Gunakan
pelembap, losen penghalang matahari, produk make
up oil free, tidak menutup pori (non
comedogenic) dan mengandungi AHA (alpha
hydroxyl acids) untuk membuang sel kulit mati pada wajah anda.
5. Usap
wajah 2-3 kali seminggu dengan air panas yang sudah dititiskan chamomile oil atau lavender oil untuk menenangkan kulit wajah anda.
6. Kurangkan
lemak dan minyak dalam makanan anda. Sebaiknya makan makanan berunsur
buah-buahan, sayuran segar dan biji-bijian.
7. Cuci
muka dengan air suam. Air yang panas justeru hanya akan mengikis kadar
kelembapan semula jadi kulit.
8. Usahakan
supaya kulit muka anda tidak terkena pancaran matahari yang berlebihan kerana
sebenarnya panas yang berlebihan merangsang kelenjar minyak mengeluarkan lebih
banyak minyak.
9. Jangan
lupa makan suplemen seperti vitamin B kompleks, vitamin A, vitamin C, zink dan
vitamin E.
10. Rajin-rajinlah
berwuduk sama ada solat wajib mahupun solat sunat kerana dapat membersihkan
wajah daripada debu yang menempel sehingga mencegah terjadinya penutupan debu
pada pori-pori kulit wajah.
No comments:
Post a Comment
Jangan baca jek..
meh tinggalkan komen..