Sunday, June 17, 2012

Tips mengenal perubahan kosmetik

.. Assalamualaikum sahabat ..

Lipstik tahan 6 bulan. Buang apabila :
·         Tekstur lipstik tidak mulus lagi dan ada butiran-butiran.
·         Warnanya rosak. Warna bahagian atas lipstik lebih pudar dari bahagian bawahnya.
·         Baunya menjadi masam.

Bedak tabur biasanya tahan 4 bulan. Buang apabila :
·         Ada titik-titik. Bererti telah diserang kulat.
·         Baunya kurang sedap.

Krim atau losen tahan 3-4 bulan. Buang apabila :
·         Baunya berubah menjadi masam kerana losen mengandungi oksida buah-buahan sehingga baunya masam jika sudah tamat tempoh.

Pembayang mata tahan 3-4 bulan. Buang apabila :
·         Ada bintik-bintik bererti diserang kulat.

Maskara tahan 3-4 bulan. Buang apabila :
·         Baunya berubah.
·         Cairan mengental dan bergumpal.

No comments:

Post a Comment

Jangan baca jek..
meh tinggalkan komen..