BAHASA
MELAYU
|
i.
Guru mengedarkan sekeping sampul surat
yang berlainan warna kepada setiap murid.
ii. Sampul
surat tersebut mengandungi gambar serta 1 huruf yang telah dikosongkan.
iii. Murid
dikehendaki membuka sampul dan mewarnakan gambar.
iv. Pada
akhir PnP, murid akan mengisi huruf yang telah dikosongkan untuk membentuk
perkataan berdasarkan gambar
|
i.
Guru menampalkan belon di sekeliling
bilik darjah dengan pelbagai warna
ii. Secara
sukarela, murid dikehendaki pergi ke salah sebiji belon dan memecahkannya.
iii. Di
dalam belon tersebut mengandungi kertas berhuruf vokal serta konsonan
iv. Murid
perlu mengambil kertas tersebut dan menunjukkan huruf kepada rakan yang lain
serta menyebut huruf yang tertera
|
|
i.
Guru memperkenalkan 2 buah kotak misteri
kepada murid
ii. Murid
disoal apakah yang terkandung di dalam kotak misteri tersebut
iii. Kotak
misteri 1, mengandungi huruf-huruf konsonan, manakala kotak misteri 2,
mengandungi huruf-huruf vokal.
iv. Murid
dikehendaki mengambil sekeping kad yang terdapat di dalam kedua-dua kotak
misteri.
v. Seorang
murid dipanggil ke hadapan dan membawa kad yang telah diperoleh daripada
kotak misteri
vi. Murid
dikehendaki menampal kad tersebut di papan tulis berpandukan arahan daripada
guru
vii. Murid
perlu mengeja dan menyebut kad huruf konsonan dan vokal yang telah disatukan
viii. Seterusnya
beberapa orang murid lain tampil ke hadapan
ix. Guru
membetulkan serta membimbing kesalahan murid
|
|
i.
Guru menulis mata pelajaran pada hari ini
di papan tulis bahasa melayu
ii. Guru
membezakan setiap suku kata KV dengan warna yang berbeza
iii. Murid
dikehendaki mengeja dan menyebut suku kata KV lalu membentuk perkataan
iv. Murid
dibimbing oleh guru
|
|
i.
Guru mengedarkan pembalut gula-gula yang
di dalamnya mengandungi kertas berwarna kepada setiap orang murid
ii. Guru
meminta murid membuka pembalut gula-gula tersebut dan murid melihat isi di
dalamnya
iii. Murid
dikehendaki menyebut warna kertas yang diperoleh
iv. Guru
meminta murid mengambil sampul surat berwarna di hadapan kelas yang sama
warnanya dengan kertas warna di dalam pembalut gula-gula tadi.
|
|
v. Guru
membuat aktiviti tekalah saya
vi. Guru
memanggil seorang murid secara sukarela tampil ke hadapan dan mencabut
lipatan kertas berwarna yang terdapat di dalam tangan guru
vii. Di
dalam kertas tersebut mengandungi rangkai lata di mana murid perlu
menunjukkan aksi atau perlakuan berdasarkan gambar dan rangkai kata yang
dilihat agar boleh diteka oleh rakan yang lain
|
♥♥♥ “Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” 【ツ】
Sunday, March 11, 2012
Set Induksi Bahasa Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalam
ReplyDeleteterima kasih cikgu wani :))
cikgu lia ambil ilmu sikit drpd blog ni untuk observe pensyarah nanti :)
wslm.. sila2... sekadar perkongsian ilmu yg xsberapa.. hrap bermanfaat..
Deletesangat menarik
ReplyDelete